Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyi.hat.kan] | مڽيحتکن

Definisi : 1. menjadikan sihat: makan­an itu tidak sedap tetapi mesti dimakan utk ~ badan; 2. memulihkan (spt sediakala atau lebih baik): mereka didapati menghidap penyakit yg susah hendak disihatkan; cita­-citanya ialah hendak ~ masyarakat yg telah rosak moral itu; 3. mendatangkan kebaikan kpd tubuh badan, berkhasiat: makanan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.hat.kan] | مڽيحتکن

Definisi : menjadikan sihat: Utk ~ badan, kita perlu selalu ber­senam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sihat (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak sakit: afiat, segar, waras, cergas, cerdas, aktif, cedas,
Berantonim dengan sakit

2. Bersinonim dengan sembuh: pulih, baik semula, betah, uras,
Berantonim dengan sakit

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan masuk akal, dapat diterima, berjalan lancar,

Kata Terbitan : menyihatkan, kesihatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Hibiscus rosa-sinensisbunga raya merahHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek berkayu dalam famili Malvaceae. Bunga raya merah tumbuh subur di kawasan yang terdedah kepada matahari. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat, tepi daun bergerigi, dan berwarna hijau berkilat. Bunganya jenis tunggal dan besar. Bunga dan daunnya digunakan untuk merawat masalah pernafasan, sakit kulit, beguk, demam dan bisul. Daun, bunga dan akarnya bersifat antiseptik untuk merawat bisul, ulser dan jangkitan kulit. Akar dimakan sebagai penawar racun. Lendir daun dan bunga digunakan untuk melebatkan dan menyihatkan rambut. Bunganya juga boleh dibuat jus. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan landskap.
Hibiscus rosa-sinensis var. albusbunga raya putihHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek berkayu dalam famili Malvaceae. Bunga raya putih tumbuh subur di kawasan yang terdedah kepada matahari. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat, tepi daun bergerigi dan berwarna hijau berkilat. Bunganya jenis tunggal dan besar berwarna putih. Bunga dan daunnya digunakan untuk merawat masalah ruam, bisul, radang kulit, sifilis, demam dan batuk. Air rendaman daun dibuat demah untuk merawat demam dan sakit kepala. Rebusan kulit batang bunga raya putih diminum untuk membaiki kitaran haid. Lendir daun dan bunga dilumurkan ke kepala untuk mencegah keguguran rambut, melebatkan dan menyihatkan rambut. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan landskap.
Phyllanthus emblicapokok melakaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Euphorbiaceae dan dikenali juga sebagai amla. Tumbuhan ini tumbuh liar di hutan tanah pamah dan hutan bukit. Daunnya jenis majmuk pinat dan mempunyai anak daun kecil berbentuk bujur. Bunganya bersaiz kecil dan berwarna kuning kehijau-hijauan. Buahnya bulat tidak bertangkai dan jenis beri. Bijinya keras, terdapat di hujung tangkai daun. Jus buahnya diminum untuk merawat batuk, jaundis dan pedih ulu hati. Daunnya dimakan untuk mengubati cirit-birit dan masalah penghadaman. Bijinya untuk mengubati lelah dan bronkitis, darah tinggi dan kencing manis. Buahnya mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan digunakan untuk menghitamkan dan menyihatkan rambut.
cognitive balancingperimbangan kognitifKomunikasiKorporatKonsep dalam teori ketekalan yang menjelaskan bahawa sesuatu motivasi penyelesaian konflik dalam memilih strategi penyaluran maklumat atau membuat keputusan banyak bergantung pada jumlah maklumat yang ada. Maklumat ini adalah mengenai kecenderungan kekuatan minda manusia untuk mencari keharmonian dan keseimbangan yang dijangka boleh menguntungkan pihak yang terlibat. Teori ini banyak digunakan dalam bidang pengiklanan dan bidang komunikasi lain, seperti komunikasi pembangunan dan perhubungan awam yang menekankan keperluan pemujukan. Sebelum penyediaan mesej berunsur pemujukan terutama mesej yang bertentangan dengan kepercayaan umum, pihak penyalur mesej perlu mengumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai khalayak sasaran mesej, terutama dari segi kekuatan minda mereka. Contohnya, sebelum penerbitan pengiklanan makanan ringan dilakukan, pihak pengiklan akan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai kesedaran ibu bapa terhadap pengambilan makanan yang menyihatkan berbanding maklumat mengenai pengambilan makanan yang memudaratkan. Sekiranya ketahanan mental ibu bapa adalah rendah terhadap pengetahuan mengenai makanan kesihatan, maka keadaan ini akan memudahkan pihak pengiklan untuk menyusun strategi penerbitan atau penyiaran mesej iklan bagi menguasai minda khalayak sasaran. Bagaimanapun, jika daya ketahanan terhadap makanan kesihatan tinggi, pihak pengiklan akan mencari kaedah lain untuk memecahkan daya ketahanan tersebut. Daya ketahanan dalam kalangan khalayak banyak bergantung pada jumlah maklumat yang dimiliki.

Kembali ke atas