Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Purple BookBuku UnguTeknologi MaklumatTiadaDokumen spesifikasi untuk format cakera padat ketumpatan berganda (DDCD). Dokumen ini diberi nama Buku Ungu secara tidak rasmi oleh Sony dan Philip. Buku Ungu menyediakan spesifikasi bagi membolehkan sekeping CD menyimpan 1.3 Gigabait, iaitu dua kali ganda kapasiti CD biasa dengan menyempitkan trek nada dari 1.6 mikron kepada 1.1 mikron, dan memendekkan panjang pit minimum dari 0.833 mikron kepada 0.623 mikron. Kandungan spesifikasi Buku Ungu yang lain ialah kaedah pembetulan ralat yang baru yang dikenali sebagai CIRC7 yang diadaptasi dari format fail ISO 9660, serta pengimbasan pada kelajuan 0.9 meter per saat.
silosiloVeterinarTiada1. Tempat menyimpan makanan ternakan sebelum diproses untuk dijadikan sebatian makanan. Di dalam tempat ini, bahan-bahan mentah untuk membuat makanan akan disimpan secara berasingan. Bahan yang digunakan dalam kuantiti yang banyak seperti jagung dan kacang soya disimpan dalam silo berbentuk menara. 2. Tempat untuk membuat dan menyimpan silaj yang berbentuk parit, kekubu, beg plastik atau tong dram.
cartularycartulariPerpustakaanTiada1. Tempat menyimpan rekod, piagam, surat perjanjian, dan rekod-rekod lain yang berkaitan dengan hal ehwal keagamaan, umum dan peribadi.,2. Penyimpan atau penjaga bahan-bahan arkib.
chartularycatulariPerpustakaanTiada1. Tempat menyimpan rekod, piagam, surat perjanjian, dan rekod-rekod lain yang berkaitan dengan hal ehwal keagamaan, umum dan peribadi.,2. Penjaga atau penyimpan bahan-bahan arkib.
canningpengetinanKejuruteraanTiada1. Proses menyimpan dan mengawet makanan di dalam tin supaya tidak busuk dan mudah dipasarkan. 2. Proses menyalut bahan api
bubble memoryingatan gelembungFizikModenIngatan komputer yang menyimpan nombor 1 atau 0 berdasarkan ada atau tidak adanya gelombang di kawasan tertentu pada filem magnet tipis.
bitbit; mataMatematikTiadaUnit paling kecil iaitu 0 atau 1 untuk menyimpan data yang digunakan dalam sistem perpuluhan dedua.
bitbit; mataPentadbiran PerniagaanTiadaUnit paling kecil iaitu 0 atau 1 untuk menyimpan data yang digunakan dalam sistem perpuluhan dedua.
binary digitdigit deduaPentadbiran PerniagaanTiadaUnit paling kecil, iaitu 0 atau 1 untuk menyimpan data yang digunakan dalam sistem perpuluhan dedua.
ampouleampulKimiaTiada1. Tabung kaca yang kecil bermuatan 1 - 50 ml untuk menyimpan ubat suntikan.
12345

Kembali ke atas