Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyi.nar.kan] | مڽينرکن

Definisi : memancarkan atau meng­hamburkan si­nar: Dia melihat matahari terbit ~ cahaya yg gilang-gemilang, menerangi seluruh alam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sinar
Kata Terbitan : sinaran, bersinar, menyinar, bersinar-sinar, menyinari, menyinarkan, penyinaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
emissivitypancaranKimiaTiadapancaran: Keupayaan sesuatu permukaan untuk menyinarkan tenaga dan disukatkan berdasarkan nisbah fluks tersinar per unit luas terhadap tenaga yang disinarkan oleh jasad hitam pada suhu yang sama.
overluminouslar lebihMatematikTiadaIstilah yang merujuk kepada bintang yang menyinarkan cahaya yang lebih terang daripada bintang jujukan utama yang jisimnya sama dengan jisim bintang tersebut.
amplitude splittingpembelahan amplitudFizikOptikTeknik pembelahan cahaya yang dilakukan dengan menyinarkan cahaya ke atas permukaan yang memantulkan separuh cahaya tersebut. Sebahagian dari cahaya itu dipancarkan dan sebahagian lagi dipantulkan. Kedua-dua komponen cahaya tersebut digabungkan semula untuk memberikan kesan interferens.
laserstrobelaserstrobKejuruteraanTiadaAlat yang berfungsi sebagai stroboskop yang menggunakan laser untuk menyinarkan suatu objek dalam sela masa yang singkat.
exposure timetempoh dedahanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTempoh masa yang diperlukan untuk menyinarkan sampel ujian bagi mendapatkan imej radiograf dengan ketumpatan filem yang boleh diterima.
photolithographyfotolitografiFizikNanoteknologiLitografi untuk membuat peranti semikonduktor atau bahan berstruktur yang bersaiz mikrometer dengan cara menyinarkan cahaya ke atas topeng yang berada di atas wafer bersalut fotorintang. Suatu siri rawatan kimia akan mengukir corak yang terdedah pada bahan di bawah fotorintang. Dalam pembinaan litar bersepadu kompleks seperti CMOS, suatu wafer akan menjalani kitaran fotolitografi sehingga 50 kali.
optical Ramsey methodkaedah optik RamseyKejuruteraanTiadaKaedah yang digunakan untuk memperolehi lebar garis subasli atom dengan menyinarkan tiga atau empat alur laser selari pada alur atom.
X-ray lithographylitografi sinar-XFizikNanoteknologiLitografi untuk membuat peranti semikonduktor atau bahan berstruktur yang amat kecil dalam saiz 10(2) nm dengan cara menyinarkan sinar-X ke atas topeng yang berada di atas wafer bersalut fotorintang. Jarak gelombang sinar-X ialah 0.8 nm atau kurang. Topeng diperbuat daripada bahan penyerap sinar-X seperti emas, sebatian tantalum atau tungsten. Contoh bahan berstruktur nano yang dibuat menggunakan litografi sinar-X ialah hablur fotonik.
Fourier transfourmation infrared spectroscopyspektroskopi inframerah transformasi FourierKimiaKimia AnalisisTeknik spektroskopi inframerah yang bergantung kepada pengukuran yang menggunakan suatu interferometer yang kesemua unsur dikaji secara serentak dengan menyinarkan sampel dengan suatu denyut tenaga dalam julat inframerah. Tenaga yang terhasil adalah dalam bentuk frekuensi komposit yang dapat ditukarkan kepada frekuensi-frekuensi asal menggunakan kaedah transformasi Fourier, dengan menggunakan komputer yang akan memberikan spektrum dalam bentuk biasa. Kaedah ini lebih pantas dan memberi resolusi yang baik dengan nisbah isyarat ke-bisingan yang lebih tinggi. bd. spektroskopi inframerah.

Kembali ke atas