Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nying.kir.kan] | مڽيڠکيرکن

Definisi : 1. menjauhkan (menghindar­kan) dr: pergaulan di sekolah dan di tempat kerja lazimnya tidaklah dapat disingkirkan; ~ diri dr keindahan dan kelazatan hidup di kota; 2. membuangkan, mengesampingkan, menyisihkan: utk mengolah sebuah berita secara jujur, pemberita harus ~ pendapat dan fikiran sendiri; sekularisme ~ nilai-nilai yg diperoleh dlm usaha-usaha utk mencari objektiviti dan ilmu yg dapat dimanfaatkan; 3. menyelamatkan ke tempat yg lebih aman, mengungsikan; 4. ki menjatuhkan (orang dr jawatannya), mengeluarkan (orang sbg ahli sesuatu badan dll): parti tersebut sedang mengambil langkah ~ anggota-anggota yg terlibat dlm perarakan haram itu; 5. ki menghilangkan (jiwa orang), melenyapkan, menghabisi: setiap orang yg menentang Hitler disingkirkan; 6. mengelilingi sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan meng­edari ayam betina); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nying.kir.kan] | مڽيڠکيرکن

Definisi : mengelilingi atau menge­dari sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan ketika hendak mengawan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nying.kir.kan] | مڽيڠکيرکن

Definisi : 1 menjauhkan sesuatu dr; mengetepikan; menghindarkan: Mereka setuju ~ segala perselisihan an­tara mereka. 2 menye­lamatkan sesuatu dgn membawanya ke tempat lain; mengasingkan; memindahkan: Mereka telah ~ anak-anak dan isteri mereka ke kota. ~ diri menjauhkan diri. 3 melucuti seseorang drpd jawatannya atau drpd sesuatu badan: Presiden yg baru itu telah ~ lima orang pegawai kanan tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyingkirkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cuthenti; potong; terap; lukaMatematikTiada1. Menyingkirkan satu bahagian satah kompleks.,2. Menyingkirkan titik potong daripada set supaya baki set terputus.,3. Petua penghapusan dalam kalkulus yang berikutan.
wrought ironbesi tempaKimiaTiadaBesi dagangan yang kandungan karbonnya rendah dan mengandungi sanga cecair, terutamanya ferum silikat. Besi ini diperoleh melaui peleburan besi jongkong dengan ferum oksida untuk menyingkirkan karbon, dan diikuti dengan penukulan logam pepejal panas yang terhasil untuk menyingkirkan cairan sanga. Besi ini sukar berkarat serta dapat ditempa dan dikimpal. Besi tempa digunakan untuk membuat pagar dan rantai besi.
carminativekarminatifPerubatanTiadaMenyingkirkan gas dari kanal alimentari supaya dapat melegakan kolik atau sakit perut.
decarboxylizingmendekarboksilkanKimiaTiadaMenyingkirkan molekul karbon dioksida, daripada kumpulan karboksil sesuatu sebatian organik.
deseasonalizenyahmusimPentadbiranTiadaMenyingkirkan kesan komponen bermusim dengan membahagikan setiap titik data dengan indeks bermusim.
decalcifymendekalsium; menyahkapurKimiaTiadaMenyingkirkan kalsium atau sebatian kalsium daripada bahan berkalsium seperti tulang atau tanah.
excretekumuhPerubatanTiadaMengeluarkan atau menyingkirkan bahan buangan metabolisme sel daripada tubuh.
dryingpengeringanKimiaTiada1. Proses menyingkirkan cecair, biasanya air daripada bahan basah.,2. Proses pengoksidaan iaitu cecair bertukar menjadi lapisan pepejal.
dedusterpenyahdebuFarmasiFarmaseutikMesin yang menyingkirkan debu secara getaran atau hembusan udara daripada tablet yang baru dihasilkan. Debu yang disingkirkan disedut keluar daripada mesin secara vakum.
deoxidantzat penyahoksidaanKimiaTiadaBahan yang menyingkirkan oksigen di dalam sesuatu bahan.
12345678910...

Kembali ke atas