Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyo.al.kan] | مڽوءالکن

Definisi : menanyakan sesuatu kpd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyoalkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia tidak tahu bila waktu yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran yang paling berkesan. Apakah kesalahan yang terdapat pada ayat tersebut dan mengapakah salah?

kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa,berapa dan bila. kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Oleh yang demikian ayat yang betul ialah:

Dia tidak tahu waktu yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran yang paling berkesan.

Tatabahasa22.03.2011
Kata tanya (apa/siapa/bila/mengapa/mana) tidak boleh hadir dalam ayat penyata. Alasan yang diberikan adalah pengaruh daripada sintaksis bahasa Inggeris. Apakah alasan ini benar?Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Oleh itu, kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata. Alasan pengaruh bahasa Inggeris benar sekiranya kata tersebut digunakan dalam ayat penyata.      Tatabahasa16.07.2008
Saya Suhaila Awae, sedang belajar pusat Bahasa Melayu dasar, ingin bertanya tentang tata bahasa, apakah perbezaan Kata tanya dengan Kata seru, terima kasih.Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa,berapa,bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.
Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255.
Tatabahasa20.11.2013
Apakah hari perkahwinan anda? Bilakah hari perkahwinan anda? Hari apakah mesyuarat diadakan? Hari bilakah mesyuarat diadakan? Mengapa penggunaan kata tanya berbeza anata dua perkara ini? Apakah waktu sekarang?

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.  Sekiranya dikedepankan kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel –kah.

Ayat tanya yang betul adalah seperti yang berikut:

(i)Hari perkahwinan anda bila ? atau Bilakah hari perkahwinan anda?

(ii)Mesyuarat diadakan bila? atau Bilakah mesyuarat diadakan?

 

Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa dan mana, contohnya:

        (i)Yang di dalam kotak itu apa? atau  Apakah yang di dalam kotak itu?

       (ii) Baju baharu saya mana? atau manakah baju baharu saya?

       (iii) yang datang semalam siapa? Atau Siapakah yang datang semalam?

       Jelasnya, kata tanya apa memerlukan jawapan nama benda, siapa memerlukan

        jawapan nama orang dan mana memerlukan jawapan nama tempat.

Tatabahasa24.02.2014
Maaf, saya ingin bertanya kepada pihak DBP tentang perkataan di manakah. Adakah dimanakah dieja rapat atau dekat? Mohon penjelasan. Terima kasih DBP.Ejaan yang betul ialah "di manakah". Perkataan “di” merupakan kata sendi nama yang menunjukkan tempat. Manakala, perkataan “mana" merupakan perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai dengan partikel -kah. Contoh dalam ayat: "Di manakah rumah awak?" atau "Rumah awak di mana?"Tatabahasa28.05.2020
As salam... 1.Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata tanya . Adakah boleh digunakan dalam ayat biasa selain daripada ayat tanya 2.a.Dia menunjukkan bagaimana cara membuat kuih itu. b. Dia menunjukkan cara membuat kuih itu. c. Bertanya kepada pekerja bagaimana anda boleh membantunya meringankan beban kerja. d. Bertanya kepada pekerja cara anda boleh membantu meringkankan beban kerjanya. Mohon betulkan penggunaa kata tanya dalam keempat- empat ayat di atas?1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah.

2. Ayat a dan b, betul. Untuk ayat “a” perkataan “bagaimana” tidak berfungsi sebagai kata tanya, sebaliknya bertujuan untuk menerangkan cara sesesuatu itu dilakukan atau dengan jalan apa sesuatu itu digunakan.

3. Ayat c dan d tidak betul dari segi susunannya. Ayat yang betul ialah “Dia bertanya apa yang perlu dilakukan untuk meringankan beban kerja pekerjanya.”
Tatabahasa13.07.2019
Salam sejahtera DBP, 1. Berdasarkan balasan khidmat nasihat pada 5 Jun 2010, 10#, mengapa 'apa' digunakan dalam ayat ini? sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=saya+tidak+tahu+apa&d=10 Soalan : 1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Adakah penggunaan "bagaimana" dan "apa" dalam ayat-ayat tersebut betul? Jika salah, bolehkah tuan tunjukkan cara yang betul? Jawapan : 1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Penggunaan perkataan bagaimana dan apa dalam kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Jenis Soalan: Tatabahasa Tarikh Soalan: 05.06.2010 terima kasih.Untuk makluman, "bagaimana" dan "apa" ialah kata tanya. Kata tanya ialah  perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat . Sekiranya kata tanya dikedepankan, kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah.  Contohnya:
1. Kesihatannya sekarang bagaimana?
2. Bagaimankah kesihatannya sekarang?
3. Yang di dalam kotak itu apa?
4. Apakah yang di dalam kotak itu?

Oleh itu,  ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1.Saya tidak tahu cara membuat kuih itu.
2.Saya tidak tahu perkara yang sedang dilakukannya.

Tatabahasa11.02.2014

Kembali ke atas