Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyo.go/] | مڽوݢوق

Definisi : 1. merodok (ke dlm), menjolok: ia mengambil gelasnya, ~ mulut kawannya dgn gelas itu; 2. ki memberi rasuah, me­nyuap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyo.go/] | مڽوݢوق

Definisi : 1 memberi wang sogok; memberi rasuah; menyuap. 2 me­rodok ke dlm lubang dll; menjolok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sogok
Kata Terbitan : menyogok, menyogokkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bureaucratic corruptionrasuah birokrasiPentadbiranPentadbiran Awam

Pemberian untuk menyogok atau menyuap kakitangan perkhidmatan awam bagi mendapatkan sesuatu faedah sebagai pulangan. Pemberian ini membolehkan seseorang yang berkuasa melakukan sesuatu tindakan untuk kepentingan individu dan orang yang memberi suapan tersebut. Rasuah ini juga boleh berlaku dalam bentuk salahguna kuasa pegawai yang bertanggungjawab untuk kepentingan diri atau pihak tertentu. Amalan rasuah dan penyelewengan birokrasi merosakkan imej dan menjejaskan kepentingan awam. Sebagai contoh, pemberian sogokan wang kepada pengarah jabatan kerajaan untuk mendapatkan tender pembinaan jambatan. Sinonim penyelewengan birokrasi


Kembali ke atas