Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyo.kong] | مڽوکوڠ

Definisi : 1. menyangga (menopang) se­suatu supaya jangan rebah atau roboh: be­berapa orang ~ dan memapah dia supaya jangan rebah; 2. menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan dll, memberi bantuan (tenaga, wang, dll), membantu: saya ~ penuh fikiran penulis itu; gerila kami ~ pembe­rontakan mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyo.kong] | مڽوکوڠ

Definisi : 1 menaruh sang­ga pd sesuatu supaya tidak rebah; menyangga; menopang. 2 memberikan bantuan (baik berupa wang mahu­pun tenaga dsb); membantu: Saya ~ usul saudara tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sokong (kata nama)
Bersinonim dengan tiang, sangga, topang, tunjang, galang, junjungan, penjalaran, tumpil;,
Kata Terbitan : menyokong, sokongan, penyokong,

Peribahasa

Bahu memikul,
     hati menyokong.

Bermaksud :

Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pihak DBP memutuskan tentang penggunaan kata ganti nama "ia" secepat mungkin. Banyak pihak sedang "berkelahi" tentang kata ini. Ketepikan soal politik, perasaan "lebih pandai daripada yang lain" dan sebagainya. Buatlah suatu ketetapan dan minta semua orang (yang menyokong atau tidak menyokong) menghormati keputusan itu. Barulah Bahasa kita dipandang mulia dan dihormati orang.Apakah isu yang dikaitkan dengan kata "ia", adakah isu kata ganti diri atau isu penggunaan "ia" kepada bukan manusia. Dalam hal ini buku Tatabahasa Dewan telah menjelaskan pada halaman 104, kata ganti nama diri orang ketiga termasuklah ia, dia, beliau mereka dan nya. Dari aspek makna, Kamus Dewan menakrifkan "ia" sebagai kata ganti nama diri orang ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan.Tatabahasa13.07.2012
Dalam Carian Kata DBP: Demokratik membawa maksud menjunjung/menyokong demokrasi (Kamus Bahasa Melayu). Seterusnya dalam Carian Kata: 'democratic leadership' diertikan sebagai kepimpinan demokratik, manakala 'democratic family' diterjemahkan sebagai keluarga demokratik. Berdasarkan maklumat di atas (diperoleh dari capaian DBP), kami mahu mendapatkan penjelasan sekali lagi mengenai istilah: i. democratic citizens = warganegara demokratik ii. democratic citizenship = kewarganegaraan demokratik (bermaksud kewarganegaraan yang menyokong prinsip-prinsip demokrasi) Sementara itu, kewarganegaraan demokrasi seperti yang dicadangkan oleh pihak tuan sebelum ini dirasakan kurang sesuai. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Terima kasih.Penggunaan demokratik dan demokrasi boleh digunakan mengikut konsep dan maksud yang hendak disampaikan.Penyemakan dan penterjemahan19.08.2016
apakah beza mendokong dan menyokongUntuk rujukan pantas, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu di https://prpm.dbp.gov.my/

Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020), tiada kata terbitan mendokong dalam bahasa Melayu. Dokong ialah 1 pokok sederhana tinggi yang ditanam untuk menghasilkan buah yang boleh dimakan; Lansium domesticum; 2 buah pokok ini yang agak kecil seperti duku langsat, tetapi kulitnya lebih tebal, rasanya lebih manis, dan kebanyakannya tiada berbiji.

Kata mendukung pula bermaksud:
1 membawa atau memegang (bayi, anak, kucing dll) dgn cara meletakkannya pada bahagian atas badan sambil mengampunya dgn tangan. 
2 mengikut dan mengamalkan (falsafah, teori dsb) untuk dijadikan pegangan.
3 memberikan sokongan terhadap (sesuatu dasar, pertubuhan dll) dengan menyumbangkan segala usaha dan tenaga untuk melaksanakan atau menjayakan sesuatu yang dijalankan.
4 kiasan memikul tanggungjawab dan berusaha gigih untuk menjadikan (cabaran, cita-cita dsb) sebagai satu kenyataan demi memenuhi hasrat sendiri atau sesuatu pihak. 
5 memainkan atau melakonkan (cerita, peranan dsb) dalam filem, drama, teater dsb. 
6 mengandungi (maksud, konsep, pengertian dsb) yang disampaikan melalui penggunaan kata, iklan, mesej dsb.

Kata menyokong bermaksud:
1 menahan atau menyangga (pokok, binaan dll) supaya tidak rebah, tidak patah dsb.
2 memberikan semangat atau dorongan melalui kata-kata atau perbuatan kepada (seseorang) supaya melakukan sesuatu.
3 menyetujui terhadap(tindakan, pendapat dll).

Kata mendukung merupakan kata terbitan daripada kata dukung, manakala  menyokong merupakan kata terbitan daripada kata sokong. Anda boleh memperoleh contoh penggunaan bagi kata tersebut dalam KDP.
Makna24.08.2023
Adakah semua kata adalah morfem?Berikan SATU hujahan bagi menyokong jawapan anda dalam satu ayat yang jelas. Sertakan contoh yang kukuh.Data daripada Kamus Dewan, morfem ialah satuan terkecil dlm bahasa yg mempunyai erti atau fungsi ter­tentu: perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas, iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an.Tatabahasa19.04.2015
Adakah semua morfem adalah kata?Berikan SATU hujahan bagi menyokong jawapan anda dalam satu ayat yang jelas. Sertakan contoh yang kukuh.Data daripada Kamus Dewan, morfem ialah satuan terkecil dlm bahasa yg mempunyai erti atau fungsi ter­tentu: perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas, iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an.Tatabahasa19.04.2015
Apakah terjemahan untuk 'collectivist' dan 'collectivistic'?Collectivist ialah seseorang yang menyokong fahaman politik berhaluan kiri, manakala collectivistic ialah sifat bagi penyokong tersebut. Belum ada terjemahan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan18.07.2014
Apakah maksud "tetupai" dan "sesendi"?Tetupai ialah kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong,  menyambung atau megukuhkan sambungan. Selalunya tetupai digunakan dalam membina rumah. Sesendi juga mempunyai maksud yang sama dengan sendi atau sendi-sendi.Makna18.07.2014
apakah maksud substruktur ekonomi?Secara umum substruktur ekonomi bermaksud struktur yang mendasari atau menyokong  sistem pengendalian sumber kekayaan.Makna13.01.2010
Apakah maksud frasa serampang dua mataMaksud bidalan tersebut ialah mendapat dua faedah serentak dan menyokong kedua pihak yang berkonflik. Harap maklum.Lain-lain28.08.2007
Mohon bantuan untuk semakan definisi ini sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa : 1. Literasi Maklumat Literasi Maklumat (LM) adalah satu keupayaan bagi memperkasa individu untuk mengenal pasui, menilal, mengurus, mencipta dan menyebar maklumat yang diperlukan dalam pelbagai medium dan format secara beretika untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat. 2. Celik Maklumat - Individu celik maklumat berkeupayaan untuk: 1. Mengenal pasti maklumat untuk keperluan semasa Membina strategi pencarian maklumat secara efektif dan efisien 2. Menilai maklumat yang diperoleh secara kritis untuk mendapat maklumat berkualiti. 3. Mengurus maklumat dalam pelbagai medium dan format secara sistematik 4. Mengguna maklumat secara beretika dengan memahami isu-isu berkaitan dengan penggunaan maklumat tersebut 5. Mencipta ilmu baharu berasaskan maklumat yang diperoleh untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat 6. Menyebar dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dengan individu lain serta masyarakat sivik melalui pelbagai medium dan format. Kerjasama dan bantuan tuan/puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih

1. Literasi Maklumat (LM) adalah suatu keupayaan individu untuk mencari maklumat,  mengenal pasti, menilai, mengurus, mencipta dan menyebarkan maklumat yang diperlukan dalam pelbagai medium dan format secara beretika untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat. 2. Celik Maklumat - Individu celik maklumat berkeupayaan untuk: 1. Mengenal pasti maklumat untuk keperluan semasa dan membina strategi pencarian maklumat secara efektif dan efisien 2. Keupayaan mengakses dan menilai maklumat yang diperoleh secara kritis untuk mendapatkan maklumat berkualiti. 3. Menguruskan maklumat dalam pelbagai medium dan format secara sistematik 4. Menggunakan maklumat secara beretika dengan memahami isu-isu berkaitan dengan penggunaan maklumat tersebut 5. Mencipta ilmu baharu berasaskan maklumat yang diperoleh untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat 6. Menyampaikan dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dengan individu lain serta masyarakat melalui pelbagai medium dan format.  

Tatabahasa23.09.2022
12345678

Kembali ke atas