Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyo.kong] | مڽوکوڠ

Definisi : 1. menyangga (menopang) se­suatu supaya jangan rebah atau roboh: be­berapa orang ~ dan memapah dia supaya jangan rebah; 2. menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan dll, memberi bantuan (tenaga, wang, dll), membantu: saya ~ penuh fikiran penulis itu; gerila kami ~ pembe­rontakan mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyo.kong] | مڽوکوڠ

Definisi : 1 menaruh sang­ga pd sesuatu supaya tidak rebah; menyangga; menopang. 2 memberikan bantuan (baik berupa wang mahu­pun tenaga dsb); membantu: Saya ~ usul saudara tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sokong (kata nama)
Bersinonim dengan tiang, sangga, topang, tunjang, galang, junjungan, penjalaran, tumpil;,
Kata Terbitan : menyokong, sokongan, penyokong,

Peribahasa

Bahu memikul,
     hati menyokong.

Bermaksud :

Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
rangkaskeletonStruktur yang menyokong badan dan melindungi organ-organ dalaman. Rangka menentukan bentuk badan, memberikan perlindungan kepada tisu lembut dan juga menyediakan permukaan untuk pelekatan otot.Menengah Rendah
dinding selcell wallStruktur yang menyokong dan melindungi semua sel bagi tumbuhan, alga, kulat dan kebanyakan bakteria. Lihat RajahMenengah Rendah
fulkrumfulcrumKedudukan tetap dalam sistem tuas bagi menyokong keseluruhan struktur alat tersebut. Lihat RajahMenengah Rendah
tisu tulangbone tissueTisu yang membentuk rangka untuk menyokong badan.Menengah Rendah
batang tidak berkayusoft stemBatang tumbuhan yang lembut, yang menyokong tumbuhan atau cendawan. Lihat RajahSekolah Rendah
akarrootBahagian tumbuhan yang biasanya terdapat di bawah permukaan tanah untuk menyokong tumbuhan dan menyerap air serta mineral.Menengah Rendah
amnionamnionMembran nipis yang menyelaputi embrio reptilia, burung dan mamalia. Amnion mengandungi cecair yang menyokong dan melindungi embrio atau fetus.Menengah Rendah
sistem rangkaskeletal systemSistem yang terdiri daripada tulang yang keras dan tisu penghubung yang berfungsi untuk menyokong badan organisma.Menengah Rendah
alas bebolaball bearingAlat yang berbentuk bulat dan mempunyai ruang sempit yang memuatkan bebola besi kecil untuk mengurangkan geseran dan menyokong bebanan. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas