Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyo.kong] | مڽوکوڠ

Definisi : 1. menyangga (menopang) se­suatu supaya jangan rebah atau roboh: be­berapa orang ~ dan memapah dia supaya jangan rebah; 2. menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan dll, memberi bantuan (tenaga, wang, dll), membantu: saya ~ penuh fikiran penulis itu; gerila kami ~ pembe­rontakan mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyo.kong] | مڽوکوڠ

Definisi : 1 menaruh sang­ga pd sesuatu supaya tidak rebah; menyangga; menopang. 2 memberikan bantuan (baik berupa wang mahu­pun tenaga dsb); membantu: Saya ~ usul saudara tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sokong (kata nama)
Bersinonim dengan tiang, sangga, topang, tunjang, galang, junjungan, penjalaran, tumpil;,
Kata Terbitan : menyokong, sokongan, penyokong,

Peribahasa

Bahu memikul,
     hati menyokong.

Bermaksud :

Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disaffectedtidak setiaUndang-undangTiadaTidak menyokong atau tidak sanggup menyokong pemerintah.
walingrasuk penahanKejuruteraanTiadaRasuk yang mengufuk yang dibuat daripada kayu, keluli atau konkrit tetulang digunakan untuk menyokong cerucuk kepingan atau menyokong tanah dalam kerja pengorekan.
walingpendindingKejuruteraanKejuruteraan BangunanRasuk yang mengufuk yang terdiri daripada kayu atau keluli ataupun konkrit tetulang bagi menyokong cerucuk keping atau menyokong tanah dalam kerja pengorekan. Ia diperkuatkan dengan menggunakan topang.
deadwoodkayu matiKejuruteraanTiada3. Struktur di bahagian buritan yang digunakan untuk menyokong aci kipas, menambah kekuatan seluruh kapal, menyokong ketika pengedokan, melindungi ketika terkandas dan lain-lain.
arch barbar gerbangKejuruteraanKejuruteraan BangunanBar yang terletak di atas sesuatu bukaan untuk menyokong gerbang rata atau untuk menyokong susunan batu bata.
rest (in mechanics)pegun; diam (mekanik)KejuruteraanTiada1. Bahagian mesin larik yang menyokong atau menyampaikan gerakan kepada perkakas atau tiang perkakas, atau yang menyokong bahan kerja pada tekanan pemotongan. 2. Berhenti daripada sebarang tindakan atau gerakan.
abstentionberkecualiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBerkaitan dengan tindakan atau keputusan yang tidak menyokong ataupun membantah sesuatu cadangan. Dalam konteks hubungan antarabangsa yang melibatkan Majlis Keselamatan PBB misalnya, keputusan berkecuali bermaksud tindakan sesebuah negara yang tidak menyokong atau membantah sesuatu cadangan secara keseluruhan. Keputusan berkecuali boleh disertakan dengan alasan dan pendirian negara berkenaan. Contoh lain ialah Malaysia yang banyak mengamalkan prinsip berkecuali bagi mewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara atas dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideologi atau kepercayaan. Salah satu unsur penting prinsip berkecuali Malaysia ialah keengganan untuk terlibat dalam mana-mana pakatan ketenteraan yang memihak kepada pihak Timur atau Barat selain daripada perjanjian pertahanan untuk kepentingan negara.
engine bearerspembawa enjinAeroangkasaTiadaSatu struktur yang menyokong enjin dan menyalurkan daya tujahan pada kerangka udara utama pesawat udara.,Jarak yang boleh dilalui oleh pesawat udara bagi setiap unit berat bahan api.,atau daya aerodinamik yang terhasil daripada enjin jet.,Satu struktur yang menyokong enjin dan menyalurkan daya tujahan pada kerangka udara utama pesawat udara.
columntiangKesenianSeni Bina1. Elemen struktur menegak yang menerima daya mampatan yang selari dengan paksi keratan dan menyalurkan daya tersebut ke bahagian asas. 2. Struktur yang menyokong tingkat bawah. Tiang ini menyokong sesebuah bangunan dari aras tanah atau air dan membebaskan ruang bawah bangunan. Secara tradisi, tiang-tiang ini boleh ditemui di jangkungan dan berfungsi sebagai tiang penyokong tempat tinggal seperti pondok nelayan di tepi pantai Asia dan juga tiang kayu di rumah-rumah bertingkat seperti rumah penduduk Queensland di Australia. Di Malaysia, penggunaannya boleh dilihat pada rumah Melayu tradisional yang berpanggung.
spanrentanganTeknikElektrikJarak di antara dua tiang penyokong katenari yang menyokong sesuatu pengalir/kabel talian atas. jarak ini berbeza mengikut jenis kabel. Rintangan kabel juga berkait rapat dengan tinggi rentangan dari bumi. jarak-jarak ini ditetapkan oleh peraturan I.E.E. Sebagai contoh, bagi kabel bersarung untuk menyokong perantaraan yang mempunyai ketahanan minyak dan perencat nyalaan, jarak maksimumnya ialah 3 meter dan ketinggian dari bumi ialah 5.8 meter untuk semua jenis jalan.
12345678910...

Kembali ke atas