Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyong.sang.kan] | مڽوڠسڠکن

Definisi : menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya di­dahulukan dikemudiankan, dll), membalik­kan, menterbalikkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyong.sang.kan] | مڽوڠسڠکن

Definisi : menjadikan atau meletakkan sesuatu menyongsang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyongsangkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inverterpenyongsangSosiologiTiada1. Alat yang menyongsangkan isyarat masukan.
inverting telescopeteleskop songsangFizikOptikTeleskop yang menyongsangkan imej biasa teleskop supaya objek yang hendak dicerap itu kelihatan terbalik.
NOT circuitlitar TAKTeknikElektrikLitar elektrik digital yang akan menyongsangkan nilai logik input. Ini bererti jika input berlogik `I’, output selepas litar TAK akan menjadi logik `0’. Dalam litar logik, litar ini disebut get TAK.
repellerpenolakKejuruteraanTiadaElektrod pada klistron pantul yang terhubung kepada upaya negatif dan digunakan untuk menyongsangkan arah alur elektron. Sinonim pemantul.
reflected binaryperduaan terpantulKejuruteraanTiadaKod yang menggunakan perduaan 0 dan 1, dan dibina dengan setiap kod diterbitkan daripada kod yang mendahuluinya dengan menyongsangkan hanya satu bit.
demagnetizationpenyah-magnetanTeknikElektrikPembuangan kesan kemagnetan daripada bahan magnet. Ada pelbagai cara penyahmagnetan termasuk menemukan bahan magnet pada kutub yang berlainan, memanaskan magnet sehingga merah, mengalirkan arus yang beransur-ansur kurang hingga ke kosong pada magnet, dan menyongsangkan arah bekalan yang dilalukan pada magnet.
demultiplexerpenyahmultipleksKejuruteraanTiada1. Peranti yang digunakan untuk memisahkan dua atau lebih isyarat yang sebelumnya tergabung oleh pemultipleks yang serasi dan dihantar melalui saluran tunggal.,2. Litar yang mengarahkan maklumat dari masukan tunggal ke satu daripada beberapa keluaran pada sesuatu masa dengan jujukan yang bersandar kepada maklumat yang dikenakan pada masukan kawalan.,3. Peranti yang menyongsangkan tindakan pemultipleks, dan menerbitkan sekumpulan saluran yang berlainan dari isyarat multipkeks kompleks.,4. Litar logik yang dapat melalukan maklumat digit dari satu talian kepada talian-talian yang lain.
Data Encryption Standard (DES)Piawai Penyulitan Data (DES)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlgoritma yang menjadi piawai untuk penyulitan dan penyahsulitan data sejak tahun 1977. Algoritma ini dihasilkan untuk menyelaraskan algoritma yang digunakan untuk penyulitan komunikasi bagi tujuan perniagaan dan merupakan satu sifer blok berkekunci simetri. DES terdiri daripada jujukan operasi yang berulang sebanyak 16 kali serta menggunakan satu kekunci yang bersaiz gandaan 64 bit. Penyahsulitan dilakukan dengan menyongsangkan algoritma DES dengan kekunci yang sama. Lihat juga sifer blok dan kekunci simetri.
Vernam ciphersifer VernamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan sifer alir yang menggunakan kaedah yang sama dengan pad sekali guna. Kaedah ini dicipta oleh Gilbert S. Vernam dari Syarikat AT & T bertujuan untuk penyulitan data pada sistem komputer pita tebuk. Suatu rentetan nombor rawak dijana mengikut panjang aksara mesej yang ingin disulitkan. Setiap aksara dalam mesej berkenaan akan diwakilkan dengan nombor. Contohnya, A=0, B=1, C=2 hingga Z=25. Bagi setiap aksara, nilai perwakialan nombornya akan ditambahkan dengan nombor rawak yang dijanakan untuk kedudukan yang sama dalam mesej dan kemudiannya dimodulus 26. Seterusnya, hasil tersebut akan ditukarkan ke bentuk abjad dengan menyongsangkan kaedah perwakilan nombor. Contohnya, 0=A, 1=B, 2=C hingga 25=Z. Proses yang sama akan berulangan sehingga keseluruhan mesej disulitkan.
zig-zag methodkaedah zig-zagTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan berdasarkan penyusunan teks yang melibatkan penulisan semula aksara dalam suatu teks pada baris berbeza menurut kedudukan aksara dalam teks biasa. Contohnya, teks biasa yang ingin disulitkan ialah �INI KAEDAH PENYULITAN SAYA� dan kaedah zig-zag yang digunakan untuk menulis aksara pada kedudukan ganjil dibaris atas, dan aksara pada kedudukan genap pada baris bawah. Proses penyulitannya adalah seperti yang berikut: I I A D H E Y L T N A A / / / / / / / / / / / N K E A P N U I A S Y Hasil penyulitan dalam teks sifer selepas pembacaan baris demi baris adalah seperti yang berikut: I I ADHEYLTNAANKEAPNUIASY Penerima teks sifer ini boleh menyahsulitkan mesej dengan menyongsangkan kaedah zig-zag yang digunakan.

Kembali ke atas