Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyua.ra.kan] | مڽواراکن

Definisi : 1. mengatakan, mengucap­kan: ahli-ahli politik hendaknya janganlah ~ soal-soal perkauman dlm perjumpaan­perjumpaan umum; 2. menyanyikan (lagu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyua.ra.kan] | مڽواراکن

Definisi : mengatakan atau mengucapkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suara (kata nama)
1. Bersinonim dengan bunyi: nada, sora,

2. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, percakapan, kalimah, tutur,

Kata Terbitan : bersuara, menyuarakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
negritudenegritudeKesusasteraanTiadaGerakan yang menyuarakan wawasan para cendiakawan dan seniman kulit hitam tentang nasib dan warisan sepunya bangsa Afrika. Negritude menolak nilai kolonial dan memberontak terhadap sistem kolonialisme. Pada masa yang sama, negritude cuba memperkasakan nilai tradisional Afrika dengan mengembalikan kegemilangan masa silamnya. Dalam bidang kesusasteraan, negritude mewakili suatu bentuk estetika yang cuba mengekalkan sifat-sifat tradisi kebudayaan Afrika. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Aim� C�saire, seorang penyajak dan dramatis dari artinique dan L�opold S�dar Senghor, seorang penyajak dan ahli politik dari Senegal. Negritude menjadi perintis kepada gerakan Black Power yang berpangkalan di Amerika pada tahun 1960-an. Lihat juga harlem renaissance.
lyriclirikKesusasteraanTiadaPuisi pendek yang menyuarakan pemikiran dan perasaan sesorang penyair. Puisi ini mungkin diucapkan secara bersendirian atau kepada watak lain. Dalam kebanyakan puisi lirik, watak tersebut adalah rekaan dan berbeza dengan watak penyair. Tema lirik biasanya tentang percintaan dan suasana perasaan watak juga berhubungan dengan percintaan tersebut. Puisi lirik merupakan suatu pernyataan ringkas tentang keadaan perasaan watak seperti dalam sajak bertajuk To Night oleh Shelley. Jenis-jenis puisi lirik ialah soneta, oda, elegi dan haiku. Puisi lirik yang lebih kompleks dan pabnjang ialah elegi dan oda. Contoh puisi Oda ialah On the Morning of Christ�s Nativity oleh Milton. Lihat juga oda.
stylegayaKesusasteraanPuisiCara mengungkapkan atau menyuarakan perasaan dan pemikiran melalui bahasa yang khas untuk memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis .
gnomicgnomikKesusasteraanTiadaSajak Greek yang ringkas dan tajam, menyuarakan tentang beberapa kebenaran umum secara berjenaka terdapat unsur aforistik, moralistik dengan bahasa yang singkat dan padat dan berasal dari perkataan gnome.
monologuemonologKesusasteraanTiadaPertuturan panjang seorang watak pada dirinya sendiri bagi menyuarakan fikiran dan rasa hatinya. Pertuturan watak biasanya terdapat dalam drama, naratif dan puisi. Monologi boleh berbentuk bisikan kuat, senandika (soliloqui), monolog dramatik dan monolog dalaman. Bisikan kuat ialah pertuturan watak yang hanya dapat didengar oleh penonton manakala senandika ialah percakapan seorang watak untuk meluahkan perasaan dan fikiran kepada dirinya sendiri. Monologi dramatik merupakan percakapan seorang watak bagi menyampaikan pemikiran dan perasaannya terus kepada penonton. Monolog dalaman yang biasanya dikaitkan dengan naratif pula ialah bahagian teks yang mendedahkan pemikiran dalaman seorang watak kepada pembaca secara langsung. Dalam persembahan drama, monolog hanya dituturkan oleh seorang pelakon sahaja. Ujaran �To be or not to be� oleh Hamlet dalam drama Shakespeare yang berjudul Hamlet (Babak III, adegan i) merupakan contoh monolog dalam bentuk senandika. Dalam sastera Parsi, monolog ditemui dalam Sang-i-Sabur oleh Sabiq Chubak. Contoh monolog dramatik yang biasanya terdapat pada teater tradisional Makyung ialah ungkapan semasa Pakyung memperkenalkan dirinya seperti yang berikut: Yalah tuboh hambo bergelar Raja Bongsu Sakti dari negeri Pelenggang Cahaya. Bonda bernamo Raja Besar�. Istilah monolog berasal daripada drama Yunani berjudul Oedipus Rex oleh Sophocles. Monolog menjadi bentuk popular dalam penulisan Barat pada kurun ke-16 dan pada era Elizabeth seperti dalam karya Shakespeare. Lihat juga monolog dalaman, monolog dramatik, senandika.
editorial pagehalaman pengarangKomunikasiTiadaHalaman di dalam akhbar atau majalah yang menyuarakan pendapat editor atau dasar syarikat media tersebut.
confrontation meetingjumpa semukaPentadbiranTiadaSesi khas yang memberi peluang kepada pekerja menyuarakan rungutan tentang masalah tertentu organisasi.
industrial actiontindakan industriPentadbiranTiadaTindakan yang diambil oleh pekerja secara kolektif untuk menyuarakan ketidakpuasa hati mereka yang biasanya berhubung dengan soal upah atau keadaan tempat kerja.
nominal group techniqueteknik kumpulan nominalPengurusanPerancanganTeknik pembuatan keputusan berkumpulan dengan cara setiap ahli akan menulis pendapat atau cadangan penyelesaian masalah yang ingin dikemukakan. Kemudian, mereka akan menyuarakan cadangan tersebut kepada ahli kumpulan untuk dibincangkan secara bersama-sama, dan seterusnya menyenaraikan cadangan mengikut kepentingan sebelum memilih alternatif terbaik. Kelebihan teknik ini ialah ia dapat memberikan peluang dan galakan kepada semua ahli untuk menyuarakan pandangan dan pendapat untuk dibincangkan sebelum keputusan dibuat.
picketpiketEkonomiTiadaPerhimpunan pekerja di luar tempat kerja dengan pelekat dan sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka untuk tontonan umum.
12

Kembali ke atas