Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.kar.kan] | مڽوکرکن

Definisi : menjadikan sukar, menyulit­kan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.kar.kan] | مڽوکرکن

Definisi : menyebabkan sukar; menyusahkan: Salji yg tebal-tebal itu ~ perjalanan mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Keadaan yang hingar-bangar di dalam dewan itu menyukarkan kami mendengar apa yang diperkatakan oleh penceramah itu. mengapakah kesalahan bahasa ialah apa? adakah kita perlu menggunakan " apa-apa"?Antara fungsi "apa" ialah pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang),contoh ayat: tidak terdengar apa yg kaucakapkan. Oleh itu "apa" dalam ayat "Keadaan yang hingar-bangar di dalam dewan itu menyukarkan kami mendengar apa yang diperkatakan oleh penceramah itu." boleh digunakan.  Tatabahasa18.07.2008
1. mengetengahkan atau mengenengahkan ? 2. mengetepikan atau mengenepikan ? 3. mengepalai atau mengkepalai ? 4. menunjangkan atau mentunjangkan ? 5. memastikan atau mempastikan ? 6. mencintai atau menyintai ? 7. menyukarkan atau mensukarkan ? 8. penyajak atau pensajak ? 9. pemelajaran atau pembelajaran ? 10. mensabitkan atau menyabitkan ?

1. mengetengahkan

2. mengetepikan

3. mengepalai

4. menunjang

5. memastikan

6. mencintai

7. menyukarkan

8. penyajak

9. pemelajaran

10. menyabitkan

Tatabahasa24.07.2011
Saya nak buat aduan. Mengapa selalu juga ada 5xx error dalam website DBP, maksudnya sehingga refresh banyak kali masih sama error yang muncul. Kadang-kadang perkara ni menyukarkan pencarian maklumat di DBP. Harap DBP boleh selesaikan masalah ini secepat mungkin.Salam sejahtera, Terlebih dahulu pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. 2. Sehubungan dengan itu, pihak kami akan mengenalpasti masalah tersebut dan akan mengambil tindakan penambahbaikan dengan kadar yang segera. Atas keprihatinan dan kerjasama daripada pihak saudara kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.Lain-lain09.11.2020
Apakah kesalahan penggunaan kata atau isitilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah ? 1)Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. 2)Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. 3)Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum.1) Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. Perkataan yang betul ialah Pegawai Kesihatan dan mencegah.
2) Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. Frasa yang betul ialah sebahagian daripada dan petah.
3) Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum. Frasa yang betul ialah saling membantu/bantu-membantu dan memupuk perpaduan kaum.
Tatabahasa27.03.2014
Mohon pengesahan ayat yang mana satu betul, dalam penulisan emel / suirat rasmi kerajaan. Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan ATAU Dengan hormatnya saya menjemput perhatian tuan/puan.Ayat yang diberikan tidak lengkap dan itu menyukarkan pihak kami untuk melihat konteks ayat secara keseluruhan. Sungguhpun demikian, pihak kami mencadangkan supaya digunakan ayat: Dengan hormatnya, saya ingin menarik perhatian tuan/puan...Makna05.11.2018
Salam, adakah e-kamus dbp sudah tiada ejaan jawi? Sebelum ini saya hanya menggunakan kamus ini untuk menyemak ejaan jawi, tetapi hari ini sudah tiada features tersebut. Saya harap features ini tidak dimansuhkan atau dikembalikan kerana ianya menyukarkan saya untuk menyiapkan kerja kursus saya yang perlu ditulis dalam tulisan jawi. Terima kasihEjaan Jawi masih disediakan dalam laman web PRPM. Kami memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku.Ejaan12.04.2022
soalan Bolehkah terangkan dengan detail tentang a)Apakah definisi pantun b)Jenis pantun c)Ciri-ciri pantun d)format pantun e)tujuan pantun
Sdr. Zaini,

Jawapan bagi soalan ini dimasukkan dalam  lampiran jawapan yang bertajuk [PUISI TRADISIONAL - PANTUN] kerana ruangan ini amat terbatas dan menyukarkan saya untuk  menjawab beberapa soalan sekali gus.

sekian, terima kasih.
Sastera14.05.2012
Saya memerlukan huraian terperinci untuk memahami fungsi imbuhan men-...-kan dan men-...-i dalam kata kerja transitif aktif. kesukaran saya memahami penggunaan imbuhan apitan dalam kata kerja ini amat memeningkan kepala. walaupun penerangan tentang imbuhan ini dalam buku tatabahasa agak jelas pada mulanya namun apabila diajukan pertanyaan ataupun ayat yang baru ia agak menyukarkan saya sama ada akan menggunakan imbuhan men...kan ataupu meng...i dalam memastikan penggunaan imbuhan ini tepat dan gramatis dalam ayat. sebagai contoh diperturunkan contoh penggunaan imbuhan ini sebagai mana yang tercatat dalam buku Tatabahasa Dewan halaman 372. ayat 1: Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.( betul) ayat 2 : Ahmad menghadiahi Ali buku.(betul) berdasarkan contoh ayat di atas saya memerlukan huraian yang terperinci penggunaan imbuhan tersebut dalam ayat dan cara untuk memahami penggunaan imbuhan ini apabila berhadapan dengan ayat yang berbeza dalam sesebuah petikan atau rencana. Adakah terdapat perbezaan hukum penggunaan imbuhan ini apabila sesuatu ayat itu mengandungi satu objek ataupun dua objek.Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga:
(1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.
(2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.
(3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 207.
Tatabahasa11.10.2012
Salam pihak DBP. Saya ingin membuat cadangan agar pihak DBP menerbitkan majalah dan buku secara digital seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi masa kini. Saya ingin membeli majalah seperti DEWAN SASTERA, BUDAYA dan sebagainya tetapi secara digital kerana pertama mudah untuk dibawa dan dibaca kemana-mana. Kedua, memudahakan penyimpanan. Jika bahan bacaan masih bersifat tradisional/fizikal akan menyukarkan pembaca menyemak dan mencari kembali bahan bacaan yang lama yang mungkin tersimpan di stor dan sebagainya.Oleh itu saya memohon agar pihak DBP mempertimbangkan cadangan ini agar bahan bacaan DBP kekal relevan dan terus diminati terutamanya generasi muda. Terima kasih.Salam tuan yang dihormati, Untuk makluman, pihak DBP kini sedang dalam proses ke arah penerbitan buku dan majalah secara digital. Sungguhpun begitu, pada peringkat awal, tidak semua akan didigitalkan. Mungkin akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian dan keutamaan.Lain-lain26.09.2017
Selamat sejahtera. Minta tuan/puan menyemak sama ada ayat-ayat di bawah betul atau salah. Jika salah, minta tuan membetulkannya. Terima kasih. 1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan tokoh pemimpin yang berwibawa itu pingat darjah kebesaran sempena sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63. 2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya. 3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya. 4. Kamisan menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekap darah itu. 5. Anak yatim yang kami jumpa semalam menceritakan semula peristiwa yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya. 6. En. Jefridin bersetuju memperisterikan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.

Ayat yang betul ialah:

1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan pingat darjah kebesaran kepada tokoh pemimpin yang berwibawa itu bersempena dengan sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63.

2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya

3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya.

4. Kamsian menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekik darah itu.

5. Encik Jefridin bersetuju mengahwinkan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.
Tatabahasa03.05.2022
12

Kembali ke atas