Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.lam] | مڽولم

Definisi : 1. mengganti tanaman yg mati dgn yg baru, menyilih: benih yg baru ditabur terpaksa ditengok selalu, yg tidak tumbuh disulam lagi; 2. ki menyelangi atau mencelahi sesuatu (perbuatan, percakapan, dll) dgn yg lain, menyelitkan sesuatu dgn yg lain (biasanya utk mengindahkan, menyeronokkan, dll): dia begitu pandai ~ ceritanya dgn hal yg lucu-lucu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.lam] | مڽولم

Definisi : menjahit sulam, menekat, me­nyuji: Aini sedang ~ kain alas meja ketika sahabatnya datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.lam] | مڽولم

Definisi : 1 mengganti pokok-pokok yg mati dgn pokok-pokok yg baru; menyilih. 2 ki menye­lang sesuatu perbuatan dsb dgn sesuatu yg lain: Dia pandai sungguh ~ ceramahnya dgn cerita yg lucu-lucu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nyu.lam] | مڽولم

Definisi : menjahit sulam; menekat; menyuji: Cantik benar kain alas meja ini, siapa yg ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sulam2
Kata Terbitan : menyulam,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULAMAN

Sulaman ialah seni menjahit hiasan di atas fabrik

atau bahan yang seumpamanya dengan

menggunakan jarum dan benang. Jahitan itu boleh

dicantum untuk dijadikan pelbagai corak, termasuk

bunga, binatang, manusia, dan corak abstrak. Corak

dilukis di atas fabrik, dan kemudian disulam, atau

corak direka semasa menyulam.

UMUM 
TEKAT

TEKAT, proses menyulam benang emas ke atas kain dasar daripada jenis baldu. Seni tekat sudah lama diusahakan oleh masyarakat Melayu. Di Perak, tekat dikenal juga sebagai tekat bersuji atau hiasan suji timbul. Ragam hiasnya kelihatan timbul daripada permukaan kain dasar kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur.

BUDAYAProses/Tindak Balas

Kembali ke atas