Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.lit.kan] | مڽوليتکن

Definisi : 1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan: soal wang se­lalu ~; 2. menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.lit.kan] | مڽوليتکن

Definisi : menyebabkan menjadi sulit; menyusahkan; menyukarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sulit (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, rumit,

2. Bersinonim dengan dirahsiakan: tersembunyi, tidak terang-terang, diam-diam, senyap-senyap, gelap, haram, tidak dibenarkan, bawah tanah,
Berantonim dengan terang-terang

3. Bersinonim dengan jarang ada: susah dicari, jarang diketemui, mahal,

Kata Terbitan : menyulitkan, kesulitan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
encryptionpenyulitanTeknologi MaklumatPerisianProses menyulitkan teks biasa kepada teks sifer. Contohnya, teks biasa "Serang malam ini" disulitkan menjadi teks sifer "xtruga tgewi kfw".
ransomwareperisian tebusanTeknologi MaklumatPerisianPerisian hasad yang menyulitkan cakera keras komputer yang dijangkiti. Kemudian, penggodam akan meminta wang tebusan kepada pemilik komputer tersebut sekiranya ingin mengembalikan semula data asal dalam cakera keras tersebut dengan mendapatkan perisian nyahsulit daripada mereka. Contoh perisian tebusan ialah kriptovirus, kriptotrojan atau kriptocecacing.
speech scrambling frequency domaindomain frekuensi mengarau percakapanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah menyulitkan suara dengan menjalankan proses penggantian terhadap puncak amplitud suara. Kaedah ini menyebabkan bentuk suara akhir tidak dapat difahami tanpa algoritma penyahsulitan frekuensi yang betul.
speech scrambling time domaindomain masa mengarau percakapanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah menyulitkan suara dengan menjalankan proses penyusunan terhadap gelombang suara dalam segmen masa yang tertentu. Kaedah ini menyebabkan bentuk suara akhir tidak dapat difahami tanpa algoritma penyahsulitan segmen masa yang betul.
asymmetric encryptionpenyulitan asimetrikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah menghantar mesej yang penghantarnya menyulitkan mesej dengan menggunakan kekunci awam penerima dan penerima pada menyahsulitkan mesej tersebut menggunakan kekunci persendirian nya. Contoh penyulitan asimetrik ialah algoritma RSA.
end-to-end encryptionpenyulitan hujung ke hujungTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah yang menyulitkan mesej pada hos penghantar dan dinyahsulitkan pada hos penerima. Kaedah ini akan memastikan hanya penerima sebenar sahaja yang boleh menyahsulitkan mesej. Kaedah ini berbeza dengan penyulitan paut. Lihat juga penyulitan paut.
electronic code book (ECB)buku kod elektronik (ECB)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerMod yang menggunakan sifer blok untuk menyulitkan lebih daripada n-bit teks biasa Mod ini hanya sesuai untuk operasi yang mudah seperti cabar-sahut dan beberapa tugas pengurusan kekunci.
DES (data encryption standard)DES (piawai penyulitan data)Teknologi MaklumatTiadaKunci umum yang menggunakan algoritma sifer blok untuk menyulitkan data yang dicipta oleh National Bureau of Standard.
encryption parameterpasangan kekunci penyulitanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerDua kekunci yang digunakan dalam penyulitan tak simetri yang salah satu kekuncinya menyulitkan dan yang satu lagi menyahsulitkan. Dua kekunci tersebut dikenali sebagai kekunci awam dan kekunci persendirian.
password crackerperekah kata laluanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian atau perkakasan yang meneka perkataan yang mungkin digunakan sebagai kata laluan. Perisian ini menyulitkan perkataan yang diteka dengan algoritma penyulitan kata laluan seperti MD5 dan mencari persamaan dengan kata laluan yang tersulit. Perkataan yang diteka adalah kata laluan sekiranya terdapat persamaan. Contoh perekah kata laluan ialah Jack the Ripper.
123

Kembali ke atas