Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyum.bang] | مڽومبڠ

Definisi : 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg ban­tuan, sokongan), memberi solok: banyak orang yg ~ ketika ia mengadakan kenduri; 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll): mereka ~ ke arah penu­buhan Universiti Kebangsaan dgn masa dan tenaga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyum.bang] | مڽومبڠ

Definisi : 1 mem­beri bantuan kpd orang yg mengadakan keramaian: Ketika mengahwinkan anak­nya dahulu, banyak orang yg ~. 2 turut memberi sokongan atau bantuan (spt wang ringgit, tenaga): Diharapkan tuan-tuan sekalian dpt ~ kpd syarikat kami dgn membeli saham yg kami keluarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumbang2
Kata Terbitan : menyumbang, menyumbangkan, sumbangan, penyumbang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARCHIBALD, JULES FRANCOIS

Archibald, Jules Francois (1856–1919), banyak

menyumbang terhadap perkembangan sastera dan

seni di Australia. Pada tahun 1880, dia membantu

mengasaskan The Bulletin . Dia menjadi ketua

pengarang The Bulletin selama lebih 16 tahun.

Archibald menggalakkan penulis tempatan menulis

cerita pendek dan balada untuk majalah tersebut.

Dia pernah mengumpulkan sekumpulan penulis

muda, seperti Henry Lawson dan Banjo Paterson.

Dia memberikan mereka bantuan dan sokongan.

Archibald juga membantu mengasaskan majalah

The Lone Hand . Kemudian, dia menjadi ketua

pengarang sastera untuk majalah Smith’s Weekly .

Dia mengeluarkan peruntukan untuk anugerah seni

tahunan yang dipanggil Hadiah Archibald. Namanya

yang sebenar ialah John Feltham Archibald. Dia lahir

di Kildare, Australia.

UMUM 
SCHUSTER, SIR ARTHUR

Schuster, Sir Arthur (1851–1934) ialah ahli fizik

yang menyumbang terhadap penemuan elektron.

Dia mencadangkan bahawa kuasa pengaliran di

atmosfera atas bumi disebabkan oleh sinar

ultraungu dari matahari. Dia adalah profesor di

Manchester University, England, tempat dia

membina sebuah makmal. Schuster lahir di

Frankfurt am Main di Jerman, tetapi berhijrah ke

Manchester, England semasa berumur 19 tahun.

Pada mulanya dia menceburi bidang perniagaan,

tetapi kemudiannya beralih kepada bidang sains

yang dipelajarinya di Owens College, Manchester,

dan di University of Heidelberg, Jerman.

UMUM 
KÖHLER, WOLFGANG

Köhler, Wolfgang (1887–1967) ialah pakar

psikologi yang banyak menyumbang kepada

perkembangan psikologi Gestalt.

UMUM 
DE SITTER, WILLEM

De Sitter, Willem (1872–1934) ialah ahli

astronomi Belanda yang terkenal. Daripada

kajiannya tentang satelit Musytari dan

pengiraannya tentang unsur dan jisim Musytari dia

menyumbang kepada kefahaman teoretikal tentang

satelit.

UMUM 
SWEDEN

Sweden ialah negara industri yang makmur di

utara Eropah. Penduduk Sweden telah

membangunkan industri yang benar-benar berjaya

berasaskan tiga sumber semula jadi yang penting

negaranya, iaitu balak yang menyumbang lebih

kurang satu per lima eksport negara ini, bijih besi

yang sangat tinggi grednya, dan juga tenaga air.

UMUM 
KESUSASTERAAN PERANCIS

Kesusasteraan Perancis, satu daripada

kesusasteraan negara yang terkaya dan paling

berpengaruh di dunia. Penulis Perancis

menyumbang kepada setiap bentuk sastera utama,

mencapai kecemerlangan dalam puisi epik, puisi

lirik, drama, fiksyen dan jenis prosa lain.

UMUM 
ISMAIL DAHAMAN

Ismail Dahaman (1944-  ), ahli linguistik yang banyak menyumbang kepada pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu.

BAHASATokoh
LIAW YOCK FANG

Liaw Yock Fang (1936-  ), ahli linguistik yang banyak menyumbang tulisannya tentang bahasa dan sastera Melayu.

BAHASATokoh
MCKAY, HUGH VICTOR

McKay, Hugh Victor (1865–1926) ialah rakyat

Australia yang mencipta Sunshine Harvester, iaitu

mesin penuai kombinasi yang banyak

menyumbang kepada kemajuan pengeluaran

gandum di Australia.

UMUM 
PERIKANAN

Perikanan ialah kawasan yang membekalkan

banyak ikan untuk tujuan komersial. Perikanan

pedalaman termasuk tasik, sungai dan penternakan

ikan. Kebanyakan tangkapan ikan di dunia datang

daripada perikanan laut. Spesies kod, ikan sebelah,

hering, sardin dan tuna menyumbang kepada

sebahagian besar sumber perikanan dunia yang

terpenting di dunia. Banyak negara mengamalkan

pengurusan perikanan untuk memulihara ikan.

Terdapat peraturan yang mengehadkan saiz dan

amaun ikan yang boleh ditangkap, dan juga musim

penangkapan ikan.

UMUM 
123

Kembali ke atas