Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyum.bang] | مڽومبڠ

Definisi : 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg ban­tuan, sokongan), memberi solok: banyak orang yg ~ ketika ia mengadakan kenduri; 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll): mereka ~ ke arah penu­buhan Universiti Kebangsaan dgn masa dan tenaga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyum.bang] | مڽومبڠ

Definisi : 1 mem­beri bantuan kpd orang yg mengadakan keramaian: Ketika mengahwinkan anak­nya dahulu, banyak orang yg ~. 2 turut memberi sokongan atau bantuan (spt wang ringgit, tenaga): Diharapkan tuan-tuan sekalian dpt ~ kpd syarikat kami dgn membeli saham yg kami keluarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumbang2
Kata Terbitan : menyumbang, menyumbangkan, sumbangan, penyumbang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
solar powerkuasa suriaKesenianSeni BinaTenaga diperbaharui yang diperlukan untuk menyumbang ke arah gagasan seni bina hijau atau seni bina lestari. Bangunan moden memerlukan tenaga elektrik untuk menggerakkan semua peralatan di dalam bangunan. Lazimnya, tenaga elektrik diperoleh daripada janakuasa sama ada digerakkan oleh tenaga minyak, gas, sampah terpilih atau arang batu. Tenaga elektrik juga boleh diperoleh daripada kuasa suria sama ada menggunakan kepingan fotovolta atau tenaga solar pekat (CSP). Penuaian kuasa suria boleh dilakukan dengan menggunakan kepingan fotovolta yang dipasangkan pada bangunan yang disepadukan pada kemasan bumbung atau kemasan dinding luaran pada mukaan bangunan. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan kepingan fotovolta adalah lebih mudah dan cepat. Kepingan fotovolta memerlukan ruang di atas bumbung atau mukaan bangunan yang menghadap matahari bagi memaksimumkan dapatan cahayanya. Selain memberikan manfaat dalam menyumbang ke arah penarafan gagasan seni bina hijau, ia juga memberikan nilai tampak pada bangunan melalui pemasangan kepingan fotovolta pada bumbung dan mukaan bangunan.
brief shottangkap singkatKomunikasiTiadaTangkapan pendek yang menyumbang kepada pembangunan plot atau keseluruhan cerita.
splicinghiris-cantumBiologiGenetikProses yang menyingkirkan dan menyumbang semula ekson dalam RNA yang berlaku dalam organisma eukariot.
risk factorfaktor risikoMakanan dan PemakananPemakananUnsur yang menyumbang terjadinya penyakit termasuklah keturunan, gaya hidup dan tabiat pemakanan.
nutritive sweetenerpemanis berzatMakanan dan PemakananTeknologi MakananPemanis yang menyumbang kalori kepada diet normal seperti sukrosa, sirap jagung dan madu.
contributory planrancangan carumPentadbiranTiadaPelan yang mengkehendaki majikan dan pekerja menyumbang kos insurans, pesaraan dan sebagainya.
strategic issuesisu strategikPentadbiranPentadbiran AwamPerkara atau persoalan utama yang menyumbang kepada kewujudan sesuatu keadaan dalam persekitaran organisasi. Isu strategik merangkumi kemantapan sistem perancangan, pengorganisasian, gaya kepimpinan pengurusan atasan, pemilihan dan pengambilan kakitangan, sistem penyelarasan tenaga kerja dan pengawalan organisasi. Kemantapan dan kelemahan sistem pengurusan organisasi bergantung pada kebijaksanaan pihak pengurusan atasan dalam menangani isu strategiknya. Isu strategik biasanya menjadi lebih mudah ditangani dengan kerjasama yang padu daripada pihak subordinat atau kakitangan bawahan.
essential oilminyak perluMakanan dan PemakananTeknologi MakananMinyak meruap yang menyumbang bau harum kepada tumbuhan atau bahagian tertentu tanaman seperti bunga, akar, daun atau biji, dan biasanya digunakan dalam minyak wangi atau perisa makanan. Minyak ini biasanya terdiri daripada campuran bahan meruap terpena dan terbitan oksigennya, sebatian aromatik berstrukturkan benzena, hidrokarbon alifatik dan terbitan oksigennya dan sebatian nitrogen atau sulfur.
sharikah amwalsyarikat hartaPerniagaan IslamTiadaPersetujuan dua pihak atau lebih untuk menyumbang kadar modal tertentu dalam perniagaan. Modal dan keuntungan merupakan dua perkara yang penting dalam syarikat ini. Semua ahli syarikat bertanggungjawab terhadap keuntungan dan kerugian syarikat. Syarikat ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu syarikat ‘inan dan syarikat mufawadah.
non-nutritive sweetenerpemanis tanpa zatMakanan dan PemakananTeknologi MakananPemanis yang menyumbang sedikit atau tiada nilai kalori kepada diet normal dan merupakan bahan yang lebih manis daripada pemanis gula asli seperti sukrosa. Pemanis ini biasanya 30 kali hingga beberapa ribu kali lebih manis daripada sukrosa. Contoh, aspartam yang 200 kali lebih manis daripada sukrosa dan alitam yang 2,000 kali lebih manis daripada sukrosa.
12345678

Kembali ke atas