Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyum.bat] | مڽومبت

Definisi : 1. menutup (lubang, liang, mulut botol, dll) dgn sumbat, menyumpal: ~ telinga dgn kapas; 2. memasukkan sesuatu (padat-padat) ke dlm, mengisi: mereka sedang ~ guni-guni tadi dgn barang-barang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyum.bat] | مڽومبت

Definisi : menutup dgn sumbat; menutup lu­bang atau liang kemas-kemas dgn sesuatu; memalam; menyumpal: Mulut botol dpt disumbat tetapi mulut orang bagaimana ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumbat
Kata Terbitan : penyumbat, menyumbat, tersumbat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TALI PAKAL

Tali pakal ialah serat longgar yang diperoleh

dengan membuka tali rami lama yang bertar. Serat

ini digunakan, terutamanya untuk memakal atau

menyumbat kelim kapal kayu supaya ia kedap air.

Tukang paip menggunakan tali pakal untuk

membalut paip dalam paip sisa. Tali pakal putih ,

yang diperbuat daripada tali yang bersih,

dahulunya digunakan untuk tujuan perubatan,

seperti membalut luka.

UMUM 
NUTHATCH

Nuthatch ialah sejenis burung memanjat.

Terdapat 21 jenis spesies yang berbeza. Burung

ini terdapat di Amerika Utara, Eropah, Afrika

Utara, Asia, dan Australia. Nuthatch mendapat

namanya daripada tabiatnya menyumbat kekeras

ke dalam rekahan kulit pokok dan kemudian

memecahkannya dengan mematuknya berulang

kali.

UMUM 
KELAYUAN

Kelayuan pada tumbuhan, ialah keadaan apabila

daun dan batangnya melentuk dan mati. Ia

biasanya adalah gejala penyakit tumbuhan yang

menyebabkan sel-selnya musnah. Tumbuhan akan

layu jika kekurangan air. Bakteria penyakit yang

menyebabkan kelayuan akan menyumbat saluran

yang membawa air pada tumbuhan. Banyak kulat

yang menyerang tumbuhan boleh meyebabkan

kelayuan, kadangkala dengan merembes racun ke

dalam tisu tumbuhan.

UMUM 

Kembali ke atas