Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyun.ti/] | مڽونتيق

Definisi : 1. mengorek keluar (duri dr dlm kulit dll) dgn jarum, mencungkil, mencucuk; 2. mengukir dgn benda tajam (pd logam dll); 3. memasukkan ubat ke dlm badan dgn jarum: kemudian jururawat memanggil doktor, doktor datang ~nya; 4. = ~ cacar memasukkan benih penyakit cacar ke dlm badan (utk mencegah penyakit cacar), menanam cacar; 5. bp mengapi-apikan, mengacum, menghasut: mereka akan disuntik dgn fikiran­-fikiran anti-Barat; 6. memberikan, menye­diakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyun.ti/] | مڽونتيق

Definisi : 1 mencungkil duri keluar dr dlm daging dgn menggunakan jarum suntik. 2 mencucuk bahagian badan dgn jarum suntik utk memasukkan ubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suntik
Kata Terbitan : menyuntik,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PANCITAN BAHAN API

Pancitan bahan api ialah sistem untuk

menyuntik bahan api ke dalam silinder enjin petrol

atau diesel. Ia menggantikan karburetor apabila

digunakan pada enjin petrol.

UMUM 
SENGKENIT LEMBU

Sengkenit lembu , juga dikenali sebagai

sengkenit demam Texas, ialah pembawa penyakit

demam Texas, sejenispenyakit lembu. Sengkenit

ini berbentuk bulat dan berwarna perang

berangan. Ia membawa organisma bersel

satu yang menyebabkan penyakit

tersebut. Sengkenit ini menyuntik organisma

satu sel tersebut ke dalam badan lembu

dengan air liurnya semasa ia

menghisap bendalir badan lembu.

Organisma satu sel ini akan membiak

dalam darah lembu dan memusnahkan korpuskel

darah merah.

UMUM 

Kembali ke atas