Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyun.ting] | مڽونتيڠ

Definisi : 1. memetik bunga (utk dijadi­kan sunting dll): ia bermain di taman ramai sambil ~ bunga hati, memetik kembang murni; 2. memperkemas dan menyiapkan karangan (makalah dll) utk dicetak; 3. menyusun filem dll (sebelum ditayangkan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyun.ting] | مڽونتيڠ

Definisi : 1 memper­baik serta mengemaskan sesuatu ka­rang­an dll utk disiarkan atau utk diterbitkan. 2 mengemaskan sesuatu filem supaya tersusun rapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sunting
Kata Terbitan : menyunting, mempersunting, penyunting,

Puisi
 

Putik pauh dari Permatang,
     Bunga kemunting dari Kiaman;
Dari jauh saya datang,
     Hendak menyunting bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sebagai editor saya ingin bertanya bagaimana hendak menyunting karya kreatif seperti novel dan cerpen. 1. Apakah aspek-aspek yang perlu dilihat?

Pada prinsipnya, menyunting karya kreatif adalah sama dengan menyunting karya bukan kreatif, iaitu editor perlu mengetahui terlebih dahulu idea keseluruhan sesebuah manuskrip; melihat ketepatan fakta, memastikan tidak ada perkara yang bertentangan dengan agama, undang-undang, moral dan kepentingan negara; penyusunan idea yang logik dan kemas; dan memastikan penggunaan bahasa yang baik, istilah yang tepat, tatabahasa, ejaan yang betul, dan laras bahasa yang sesuai dengan pembaca sasaran. Tugas editor adalah membetulkan sebarang kesalahan yang ada pada manuskrip untuk memastikan komunikasi antara pengarang dengan pembaca dapat berlangsung dengan berkesan.

Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan pada penyuntingan karya kreatif seperti novel dan cerpen kerana editor perlu juga melihat logik cerita, plot, teknik yang digunakan oleh pengarang, sudut pandangan, watak dan perwatakan, latar dan gaya bahasa pengarang, Gaya bahasa seorang pengarang amat penting diketahui oleh editor dan ia tidak boleh disunting dengan sewenang-wenangnya kerana ia telah menjadi identiti seseorang pengarang itu dan tidak sama dengan pengarang yang lain. Dalam karya kreatif, aspek poetic license seperti penggunaan bahasa yang figuratif perlu diberi perhatian untuk memperlihatkan gaya bahasa seseorang pengarang itu, dan di sinilah letaknya nilai estetika yang tinggi pada sesebuah karya kreatif. Terima kasih.

Lain-lain16.03.2010
Assalam, saya sedang dalam proses menyiapkan manuskrip buku akademik. Saya bercadang untuk menerbitkan sendiri buku tersebut. Bolehkah saya menggunakan khidmat DBP utk menyunting, grafik dan urusan lain-lain yang berkaitan sehinggalah manuskrip tersebut siap sepenuhnya untuk di cetak. Terima kasih.Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak, menyunting dan membaca pruf buku  selain terbitan DBP.Lain-lain21.12.2015
Salam sejahtera, Dalam bahagian menyunting di kertas peperiksaan saya, ada sebuah ayat "Pusat FSC menumpukan perhatian pada isu seperti runah tangga dan hubungan." Bagi saya, perkataan "pada" tidaklah tepat penggunaannya dan harus ditukar dengan "kepada". Namun, guru saya berpendapat bahawa penggunaan perkataan "pada" adalah tepat.Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah ‘kepada’, iaitu "Pusat FSC menumpukan perhatian kepada isu seperti rumah tangga dan hubungan."  Dalam ayat ini, kata sendi nama kepada digunakan kerana kata nama isu merupakan unsur mujarad.Tatabahasa20.09.2017
Saya sedang menjalankan kerja-kerja menyunting (meng"edit") kertas kerja berbentuk kuantitatif untuk dijadikan buku. Saya mohon contoh atau buku contoh untuk dijadikan panduan bagi menukarkan kertas kerja kuantitatif kepada bentuk buku. Sekiranya saya perlu membeli buku tersebut saya sanggup membelinya.Untuk makluman, pihak kami tidak mempunyai maklumat berkenaan perkara tersebut. Mungkin saudara boleh melihat buku-buku terbitan syarikat lain.Lain-lain30.10.2015
Saya tinggal di Jerman dan sekarang sedang berusaha untuk menyunting Wikipedia bahasa Melayu. Tolong berikan kata ganda bagi kata nama: kuantum. Adakah kuantum-kuantum? Di dalam bahasa Latin, kata ganda bagi kata nama ini ialah quanta (quantum (sing.)). Memandangkan hukum di dalam bahasa Latin amat berlainan dengan bahasa Melayu, saya mencadangkan untuk mengguna kuantum-kuantum.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kuantum bermaksud 1. banyaknya,bilangannya 2. bahagian(banyak)yang tertentu3. (Fiz)kuantiti tenaga tertentu yang boleh diserap atau dibebaskan oleh sesuatu sistem. Dalam penggunaannya dalam bahasa Melayu perkataan ini tidak perlu digandakan. Tatabahasa01.07.2008
apakah makna istilah penyunting bukuPenyunting buku ialah orang yg menyunting buku.Makna12.08.2008
Ini rupa kedua surat soal saya yang berjudul Mendalami Binaan Pencukup. Saya menyunting surat asal saya kerana ada beberapa istilah yang saya sebut pada tempat yang tiada sepatutnya, seperti mengistilahkan "perbuatan melampau" pada kata "menjadi" walhal kata "menjadi" perbuatan tiada melampau dan mengistilahkan "perbuatan tiada melampau" pada kata "memandang" sedang “memandang" patut diberi istilah "perbuatan melampau". Beberapa ayat yang telah saya diperbaik daripada segi binaan supaya nampak lebih lancar dan lebih senang difahami. Haraf saya dimaafi kerana menghantar surat soal ini dua kali yang menyusahkan tuan membaca surat yang terlalu panjang ini dua kali juga. Tuan DBP, adakah rangkai kata seperti "bertujuan memuji alam" betul? Adakah rangkai kata (frasa) "memuji alam" bekerja pencukup atau pelengkap (istilah dalam Tatabahasa Dewan) kepada perbuatan tiada melampau (kata kerja tak transitif) "bertujuan"? Dapatkah rangkai kata perbuatan (frasa kerja) seperti "memuji alam" menjadi pelengkap? Lampiran saya berkenaan dengan soal yang saya anjurkan kepada Dr. Awang Sariyan. Saya juga mengharapkan kebijaksanaan tuan DBP dalam soal ini, oleh itu saya menyertakan surat tanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan untuk tatapan tuan DBP juga. Harap tuan dapat mengorak simpul kesulitan saya. Terima kasih.Mengikut rumus Tatabahasa Dewan, frasa "bertujuan memuji alam" kurang tepat. Frasa yang betul dari segi rumus tatabahasa dan aspek maknanya ialah "bertujuan untuk memuji keindahan alam".Tatabahasa01.12.2016
PERBEZAAN ANTARA PENYUNTINGAN NASKHAH DAN PENYUNTINGAN KOMPREHENSIFPenyuntingan naskhah adalah sama dengan penyuntingan kopi, iaitu menyunting dari aspek bahasa dan teknikal. Penyuntingan komprehensif adalah penyuntingan menyeluruh yang melibatkan penyuntingan dari aspek subsantantif dan naskhah.Makna16.06.2014
Adakah nama aplikasi perlu letak " " ? Ataupun hanya ditulis dengan huruf besar? Contoh ayat: Saya menggunakan aplikasi "CapCut", "Video Star" untuk menyunting video.Bagi nama aplikasi, tidak perlu diletakkan tanda petik tetapi ejaan yang betul perlulah digunakan. Contoh: WhatsApp, facebook dan lain-lain.Ejaan28.06.2022
Assalammualaikum tuan/puan Semoga kumpulan DBP berada di dalam rahmat Allah dan Rasulnya. Saya ingin bertanya jika DBP ada menyediakan khidmat menyunting manuskrip kumpulan cerpen/novel untuk diterbit. Bagaimana cara menghantar dan kadar bayaran jika ada khidmat sedemikian. Salam takzim Hassan AliWaalaikumussalam.

Untuk makluman tuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai kumpulan editor yang menguruskan penerbitan manuskrip dalam pelbagai bidang untuk diterbitkan oleh DBP. DBP tidak menyediakan khidmat penyuntingan secara rasmi kepada individu yang inginkan manuskripnya diterbitkan oleh penerbit lain. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan memerlukan khidmat penyuntingan oleh editor DBP, hal ini hendaklah diuruskan berdasarkan perbincangan tuan dengan editor yang berkenaan secara peribadi (khidmat peribadi di luar waktu pejabat, bukan tugas rasmi). Kadar bayarannya juga tertakluk kepada perbincangan antara tuan dengan editor yang berkenaan.
Sekian, semoga dapat membantu tuan dalam hal ini. Terima kasih.
Lain-lain17.11.2016
12

Kembali ke atas