Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.ruh] | مڽوروه

Definisi : 1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (di­lakukan sesuatu), mengarahkan: tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya me­lanjutkan cerita itu; 2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus: dr tadi dia sudah disuruh ke sekolah; disuruh, pergi, dipanggil, datang prb perihal seseorang yg patuh menurut perintah; belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang prb perihal orang yg arif dan rajin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.ruh] | مڽوروه

Definisi : 1 memberi pe­rin­­tah supaya melakukan sesuatu; me­­­minta seseorang melakukan se­­­suatu; memerintah: Siapa yg ~ kamu membuat kerja ini? 2 memberi pe­rintah supaya pergi; meminta orang pergi; mengutus: Ayahnya telah ~ dia ke kedai membeli susu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suruh
Kata Terbitan : bersuruh-suruhan, menyuruh, suruhan, pesuruh,

Puisi
 

Tetak buluh panjang sepuluh,
     Nak menjolok sarang tempua;
Janganlah adik suruh-menyuruh,
     Biarlah pandai kita berdua.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Yang disuruh tenggelam,
     yang menyuruh pun tenggelam.

Bermaksud :

Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
send 4. ask, direct (so.) to go somewhere, menyuruh: his doctor has sent him to a specialist, doktornya telah menyuruh dia berjumpa dgn doktor pakar; I sent him home, saya menyuruh dia balik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
set~ /so., st/ on so., (cause so., st to chase off so.) menyuruh /sso, sst/ mengejar sso; (cause so., st to attack so.) menyuruh /sso, sst/ menyerang sso: he threatened to ~ his dogs on us, dia mengugut akan menyuruh anjing-anjingnya mengejar kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
encampvt menyuruh [sso] berkhemah: the general ~ed his troops in the jungle, jeneral itu menyuruh askar-askarnya berkhemah di hutan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
send ~ back for, menyuruh orang menghantar: we’ll have to ~ back for more supplies, kita perlu menyuruh orang menghantar bekalan tambahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
send~ so. across, menyuruh sso (ke + approp n): I’ll ~ him across to the shop, saya akan menyuruh dia ke kedai itu; ~ st across, menghantar sst (ke + approp n): we’ll have to ~ supplies across to the island, kami terpaksa menghantar bekalan ke pulau itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
enjoinvt (fml) menyuruh: the police ~ed the people to remain calm, polis menyuruh orang-orang itu bertenang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
send ~ out for, menyuruh sso + approp v: I’ll send the boy out for the newspaper, saya akan menyuruh budak itu membeli surat khabar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
enjoin~ st /on, upon/, menyuruh sso: the teacher ~ed silence on the class, guru menyuruh kelas itu diam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wave~ so. away , menyuruh sso pergi dgn melambai(-lambai): he ~d me away to the side of the road, dia menyuruh saya pergi ke tepi jalan dgn melambai-lambai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dismissvt 1. send away, menyuruh [sso] pergi: she ~ed the maid with a wave of the hand, dia menyuruh pembantu rumah itu pergi dgn isyarat tangan; 2. allow to disperse, (act.) menyuraikan; (pass.) bersurai: the teacher ~ed class at one o’clock, guru itu menyuraikan kelas pd pukul satu; class was ~ed early, murid-murid bersurai awal; 3. remove from duty, job, memecat: he was ~ed from public service for his involvement in politics, dia dipecat dr perkhidmatan awam krn pelibatannya dlm politik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas