Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.sah.kan] | مڽوسهکن

Definisi : 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. men­jadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacita­kan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.sah.kan] | مڽوسهکن

Definisi : 1 menyebabkan menjadi susah; me­nyukarkan; menyulitkan: Aku lebih suka hidup sendiri kerana aku tidak mahu ~ kedua-dua ibu bapaku lagi. 2 menyebabkan berasa susah hati; mendukacitakan; menyedihkan: Jika ada sesuatu yg ~ adinda, ceritakanlah kpd kakanda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Peribahasa

Memelihara gajah putih.

Bermaksud :

Menyusahkan diri dengan memelihara orang yang tiada mendatangkan faedah.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vexatiousmenyusahkanUndang-undangTiadaTiada
frivolous and vexatiousremeh dan menyusahkanUndang-undangTiadaTiada
lingual frenumfrenum linguaPerubatanTiadaLipatan membran di bawah lidah, yang jika terlampau pendek akan menyusahkan pertuturan.
spite houserumah beronaUmumTiadaBangunan berstruktur pelik yang dibina atau diubah suai dengan tujuan menyusahkan kejiranan atau mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan tanah.
pain pointtitik keluhanUmumTiadaMasalah yang berterusan atau berulang terhadap produk atau perkhidmatan yang kerap menyusahkan atau mengesalkan pelanggan.
barratorpembaratriUndang-undangTiada1. Seseorang yang berniat jahat, yang melakukan kacau-bilau.,2. Seseorang litigan yang menyusahkan.

Kembali ke atas