Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.su.i] | مڽوسوءي

Definisi : memberi minum susu kpd: bina­tang mamalia ~ anaknya yg masih kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.su.i] | مڽوسوءي

Definisi : memberikan susu (tetek) supaya dihisap; memberi minum air susu: Rosminah sedang ~ anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyusui


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul? 1 Kakak membantu ibu menyusukan adik. 2 Kakak membantu ibu untuk menyusukan adik. 3 Kakak membantu ibu menyusui adik. 4 Kakak membantu ibu untuk menyusui adik.Ayat yang betul ialah 1. Kakak membantu ibu menyusukan adik.Tatabahasa08.04.2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Manakah yang lebih betul dan apakah alasannya? Ibu susu atau ibu susuan? Terima kasih.jawapan yang betul ialah ibu susu kerana ibu susu membawa maksud perempuan yang menyusui seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sendiri. Manakala susuan itu membawa maksud yang diberi susu, yang disusui. Oleh itu, ibu susuan membawa maksud yang tidak tepat jika digunakan.Lain-lain06.08.2020
Soalan saya bertarikh pada bulan 8 2020 masih belum terjawab, izinkan saya bertanyakan soalan tersebut semula. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Manakah yang lebih betul dan apakah alasannya? Ibu susu atau ibu susuan? Terima kasih.Waalaikumsalam

jawapan yang betul ialah ibu susu kerana ibu susu membawa maksud perempuan yang menyusui seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sendiri.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.10.2020

Kembali ke atas