Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.su.li] | مڽوسولي

Definisi : 1. menuruti sesuatu yg terdahulu, mengikuti, mengiringi: tidak lama kemudian kedengaran ia mengangkat takbir yg disusuli dgn bacaan Fatihah; 2. mendatangi (mengikuti) kemudian, mengekori: kata ‘ku’ dan ‘kau’ tidak ditulis terpisah drpd kata dasar pasif yg ~nya; 3. memberi tambahan, menambahi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.su.li] | مڽوسولي

Definisi : 1 mengejar atau mengikut seseorang yg terdahulu utk menyainginya atau utk mengekorinya: Ia hendak ~ ayahnya ke Kuantan. 2 mengikut sesuatu dr belakang; mengekori: Beberapa buah kereta telah ~ keretanya hingga ke tem­pat penginapannya. 3 mengikut jejak langkah; melakukan sesuatu spt yg telah dilakukan oleh orang yg terdahulu: Dia ~ jejak arwah ayahnya menjadi doktor. Pelancaran Sputnik disusuli oleh beberapa satelit buatan lain. 4 keluar menyambut kedatangan orang; menyong­­song; meng­­alu-alukan: Asrul telah ~ datuknya yg baru masuk ke halaman rumahnya. 5 menyambung su­rat yg dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susul
Kata Terbitan : menyusul, menyusuli,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Boleh tuan jelaskan tentang penjarakan perkataan yang menyusuli perkataan 'auto'? Bilakah masanya 'auto' dan perkataan selepasnya dijarakkan dan bilakah masanya pula kedua-dua perkataan itu dirapatkan? Contohnya: 'auto start'. Adakah terjemahan yang betul 'automula' atau 'auto mula'? Adakah suatu peraturan tentang hal ini? Terima kasih atas bantuan tuan.Auto- merupakan awalan Yunani–Latin-Inggeris yang memberi pengertian secara persendirian.  Oleh sebab auto- ialah imbuhan, maka ejaannya mesti dirapatkan dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya, autostart(BI)- automula(BM), autonomy (BI)-autonomi(BM) dan automatic(BI)-automatik(BM).Tatabahasa19.03.2014
“Erk… ’kau panggil aku? Maaflah, serabut sikit otak aku sekarang ni,” Amri menjawab dengan perlahannya. Adakah ayat di atas baku? Frasa kerja "menjawab dengan perlahannya" seolah-olah tidak baku ketika tiada objek yang menyusuli kata kerja transitif "menjawab". Namun demikian, saya berpandangan bahawa objek sudah dimaklumi umum, iaitu pihak sasaran yang telah dinyatakan nama dalam ayat sebelumnya, jadi tidak perlu objek itu ditulis lagi. Apakah pandangan tuan?Dalam karya sastera, bentuk penulisan tidak sama dengan bahasa rasmi. Walau bagaimanapun, ayat yang betul ialah "Erk... kau panggil aku? Maaflah, serabut sikit otak aku sekarang ni" Amri menjawab dengan perlahan.Lain-lain19.06.2020

Kembali ke atas