Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.su.li] | مڽوسولي

Definisi : 1. menuruti sesuatu yg terdahulu, mengikuti, mengiringi: tidak lama kemudian kedengaran ia mengangkat takbir yg disusuli dgn bacaan Fatihah; 2. mendatangi (mengikuti) kemudian, mengekori: kata ‘ku’ dan ‘kau’ tidak ditulis terpisah drpd kata dasar pasif yg ~nya; 3. memberi tambahan, menambahi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.su.li] | مڽوسولي

Definisi : 1 mengejar atau mengikut seseorang yg terdahulu utk menyainginya atau utk mengekorinya: Ia hendak ~ ayahnya ke Kuantan. 2 mengikut sesuatu dr belakang; mengekori: Beberapa buah kereta telah ~ keretanya hingga ke tem­pat penginapannya. 3 mengikut jejak langkah; melakukan sesuatu spt yg telah dilakukan oleh orang yg terdahulu: Dia ~ jejak arwah ayahnya menjadi doktor. Pelancaran Sputnik disusuli oleh beberapa satelit buatan lain. 4 keluar menyambut kedatangan orang; menyong­­song; meng­­alu-alukan: Asrul telah ~ datuknya yg baru masuk ke halaman rumahnya. 5 menyambung su­rat yg dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susul
Kata Terbitan : menyusul, menyusuli,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flood stagetahap banjirGeografiTiadaTahap aliran sungai yang menyusuli tahap aliran sungai penuh tebing yang akan menghasilkan aliran lampau tebing dan seterusnya banjir.
flood stagetahap banjirGeologiTiadaTahap aliran sungai yang menyusuli tahap aliran sungai penuh tebing yang akan menghasilkan aliran lampau tebing dan seterusnya banjir.
pulsus bigeminuspulsus bigeminusPerubatanTiadaSepasang gelombang nadi abnormal, yang denyutnya menyusuli satu sama lain secara cepat, diikuti dengan gelombang normal selepas jeda masa yang lebih lama.
Aftonianusia AftonGeologiTiadaBerkaitan dengan tahap glasier pertama klasik pada Epok Pleistosen di Amerika Utara yang menyusuli usia Nebraska dan mendahului tahap glasier usia Kansas.
insertion orderarahan sisipanKomunikasiKorporatArahan yang dikeluarkan oleh pihak pengiklan atau agensinya kepada media cetak bagi menyusuli arahan yang telah dibuat sebelumnya. Arahan bertulis ini menjelaskan spesifikasi dan memberikan kebenaran untuk menerbitkan iklan. Arahan ini mengandungi maklumat mengenai harga penerbitan, ruang halaman dan tarikh penerbitan yang dipersetujui. Tujuan arahan sisipan adalah untuk mengemas kini arahan yang terdahulu dan melakukan perubahan baharu tanpa mengubah reka bentuk iklan. Oleh sebab terdapat perubahan baharu, arahan ini turut melibatkan penambahan kos.
lagsusulanFizikMekanik1 Selisih masa antara dua peristiwa atau antara beberapa nilai yang dipertimbangkan bersama. 2 Sudut susulan. Sudut beza fasa ? yang bernilai negatif apabila dua kuantiti Q1 dan Q2 yang berubah secara sinusoidal dengan masa dan frekuensi yang sama dikaitkan, dan Q2 menyusuli Q1 seperti yang diungkapkan di bawah: Q1 = A sin (Wt) atau Q1 = A kos Wt Q2 = B sin (Wt + ?) atau Q2 = B kos (Wt + ?) (t = masa; Q = kuantiti rujukan; A, B dan W = pemalar). bd. sudut mendahului

Kembali ke atas