Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.sun] | مڽوسون

Definisi : 1. meletakkan berlapis-lapis (ber­tindih-tindih, yg satu di atas yg lain), menaruh berlapis-lapis: ia sedang ~ buku di atas meja; 2. mengatur baik-baik, meletakkan beraturan, merencanakan: sekarang kami tengah ~ rancangan lima tahun yg kedua; 3. mengatur (karangan dll), menggubah: Antologi Cerita Pendek Sebelum Perang Dunia Kedua, disusun, dikaji dan diberi kata pengantar oleh Ali Hj. Ahmad; ~ acara mengatur acara; ~ barisan (pasukan dll) mempersiapkan barisan (pasukan dll); ~ huruf mengatur huruf (dlm percetakan); ~ jari = ~ jari sepuluh menangkupkan kedua­dua belah tapak tangan spt hendak me­nyembah; ~ kalimat Id mengatur kata-kata utk dijadikan ayat; ~ kamus membuat (me­ngarang) kamus; ~ laporan (rancangan, undang-undang, dll) membuat laporan (rancangan, undang-undang, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.sun] | مڽوسون

Definisi : 1 meletakkan bersusun; meletakkan berlapis-lapis atau berderet-deret: Murid-murid telah ditugasi ~ bang­ku di dlm dewan. 2 mengatur baik-baik; mengelolakan sesuatu supaya kemas atau lancar: Tun Perak telah ~ pentadbiran negeri Melaka dan membawa beberapa perubahan yg berfaedah. ~ barisan (pa­sukan) menjadikan sesuatu pasukan atau barisan lengkap dan bersedia. ~ huruf mengatur huruf-huruf di per­cetakan. ~ jari mempertemukan kedua-dua belah tapak tangan spt hendak mengangkat sembah. ~ ka­mus mengarang atau membuat kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,

Puisi
 

Janganlah kesal berhari-hari,
     Bertimbal turun ke mata;
Barang salah menyusun jari,
     Junjung dengan tutur kata.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
positioningtataaturKomunikasiTiada1. Strategi menyusun kedudukan pelakon dan set sewaktu penggambaran. 2. Strategi menyusun kedudukan peralatan penggambaran sewaktu persembahan secara langsung.
compositionkomposisi-Tiada1. Proses mengarang atau menyusun idea dan persembahan dalam menghasilkan karya. 2. Proses menyusun perkataan, bahan grafik dan lain-lain dalam sesebuah halaman cetak.
inventory listingpenyenaraian inventoriLandskapTiadaAktiviti menyusun dan merekod elemen yang terdapat di tapak projek. Contohnya, menyusun tumbuhan, struktur sedia ada, lorong, haiwan dan sebagainya.
scenographysenografiLandskapTiadaSatu seni menyusun unit pandangan mengikut turutan yang tertentu dalam membentuk sesuatu pemandangan. Contohnya, menyusun pemandangan dalam suatu taman bermula daripada laman tiba sehingga tempat tumpuan taman.
refittingpenyusunan semulaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah menyusun semula kepingan atau pecahan artifak untuk mendapatkan bentuk asal. Kaedah ini kerap digunakan pada artifak alatan batu terutamanya jenis repihan dan pecahan daripada tembikar tanah. Penyusunan semula dilakukan dengan dua cara, pertama menyusun pecahan tanpa pelekat dan kedua, menyusun dengan menggunakan pelekat. Penyusunan semula dapat dijadikan asas untuk mengetahui teknologi pembuatan dan bentuk atau hiasan yang terdapat pada artifak.
difficulty indexindeks kesukaranPsikologiPsikologi UmumPetunjuk kepayahan yang digunakan untuk menyusun atau menggredkan butiran atau skala ujian. Contohnya, pengkaji menyusun butiran ujian mengikut urutan daripada yang mudah kepada yang sukar.
idea processorpemproses ideaTeknologi MaklumatTiadaPerisian aplikasi yang membenarkan seseorang menyusun minda dan idea dalam bentuk garis kasar dan mengubah suai, mengembang, memampat, dan menyusun semula tajuk seperti yang dikehendaki.
redactmenyusunLinguistikTiadaTiada
gatheringmenyusunKomunikasiTiadaTiada
bibliographizemenyusun bibliografiPerpustakaanTiadaMembuat atau menghasilkan sebuah bibliografi.
12345678910...

Kembali ke atas