Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.sup] | مڽوسوڤ

Definisi : 1. menyorok ke bawah, merayap-rayap di bawah sesuatu: mereka bergilir-gilir membongkok ~ di antara dua dawai pagar berduri itu; diparang ke bawah melompat ke atas, diparang ke atas ~ ke bawah; 2. masuk ke dlm (semak samun, belukar, hutan, orang ramai, dll), merempuh ke dlm: ia cuba ~ di celah-celah orang ramai yg berpusu­-pusu di kaki lima; 3. meresap masuk (sampai ke dalam), menyerap: dingin malam ~ sampai ke tulang; 4. masuk dgn bersembunyi­-sembunyi atau diam-diam (dlm kalangan musuh dll), menyeludup masuk: ia ~ sampai ke dlm pertahanan musuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.sup] | مڽوسوڤ

Definisi : 1 masuk atau menyorok ke dlm atau ke bawah sesuatu: Seekor anak tikus keluar dr lubangnya lalu berjalan ~ ke sana dan ~ ke sini. 2 masuk secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; masuk menyeludup: Penyuluh itu telah berjaya ~ ke kawasan musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susup
Kata Terbitan : menyusup, menyusupkan, kesusupan, penyusupan, penyusup,

Peribahasa

Berkokok di luar gelanggang,
     bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang.

Bermaksud :

Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Gen yang wujud dalam bilangan berganda yang diguguskan bersama pada kro- mosom spesifik. Contohnya, gen RNA ribosom, gen RNA pemindah dan gen histon. (BIO) rejected recharge (imbuh tolak) Air yang menyusup ke muka air tanah kemudian terluah kerana akuifer telah penuh dan tidak dapat menerimanya lagi. Air ini mungkin hanya mengalir ke- luar beberapa kaki sahaja dari tempat masuknya. Sesekali air

Kembali ke atas