Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.su.ri] | مڽوسوري

Definisi : 1. menyusur: mereka berjalan lambat-lambat ~ pantai; mereka berjalan ~ kaki lima; 2. ki mengikuti, meneliti: saya susuri ceramah beliau dgn hati-hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.su.ri] | مڽوسوري

Definisi : menyusur di: Mereka menikmati udara petang dgn berjalan ~ pantai yg indah itu. Dia begitu hati-hati semasa berjalan ~ kaki lima yg sibuk itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susur (kata kerja)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, sembir;,
Kata Terbitan : menyusur, menyusuri,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud kota metropolitan, meningkatkan stamina, menyusuri kaki lima jalan, memori indah, mengecap keindahan, tapak warisan, flora dan fauna, bernostalgia dan kenangan yang terpahat di hati.

Maksud metropolitan ialah 1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. Kota metropolitan ialah kota yang mempunyai ciri-ciri seperti makna di atas. Stamina bermaksud daya tahan membolehkan sesorang itu bekerja kuat. Meningkatkan stamina bermaksud menambahkan stamina.

Bagi maksud perkataan dan frasa seterusnya sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna07.07.2008
soalan 1. Padi yang dibajainya subur A. Menghijau B. kehijauan 2.Apakah perbezaan antara memotong,mengerat,memangkas,mencantas ,membelah 3.Baju ini engkau yang beli.jadi tentulah baju ini A. milikku B.milikmu C.milikkau D.miliknya apakah jawapannya. 3. perbezaan menyusuri,merentasi,melintasi,meredah1. Padi yang dibajainya subur menghijau.
2. Memotong sama maksudnya denga mengerat dan memangkas sama maksudnya dengan mencantas, manakala membelah bermaksud memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian.   
3. Baju ini engkau yang beli. Jadi tentulah baju ini milikmu/milikkau.
4. Menyusuri bermaksud berjalan mengikut tepi, merentasi sama maknanya dengan melintasi dan meredah bermaksud menempuh.
Tatabahasa01.05.2012

Kembali ke atas