Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.gu.kan] | مراݢوکن

Definisi : menjadikan ragu-ragu: jadi, apa­kah yg ~ hatimu lagi? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.gu.kan] | مراݢوکن

Definisi : menyebabkan ragu-ragu; menimbulkan rasa syak: Jawapannya kurang jelas dan masih ~ hati saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragu
Kata Terbitan : ragu-ragu, meragui, meragukan, keraguan, keragu-raguan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
diragui meragukanSoalan tuan tidak jelas. Untuk melihat makna perkataan, sila manfaatkan kemudahan yang tersedia melalui laman www.prpm.dbp.gov.my.Makna09.05.2017
Encik, Antara ayat "Kesahihan berita tersebut diragui" atau "Kesahihan berita tersebut meragukan" yang manakah betul? Sila berikan sebab. Terima kasih.Melihat kepada makna kata meragui dan meragukan, frasa yang betul ialah "Kesahihan berita tersebut diragui".Tatabahasa09.05.2017
Mana satu yang betul? 1. Soalan anda telah kami terima atau soalan anda kami telah terima ? 2. ibu bapa bercerai atau ibu bapa bercerai-berai ? 3. apa yang meragukan atau apa-apa yang meragukan ? 4. ramai orang atau banyak orang ? 5. majlis keramaian atau majlis kebanyakan ? 6. guru besar atau Guru Besar ? 7. Perdana Menteri atau Menteri Perdana ? 8. Menteri Besar atau Besar Menteri ? 9. Pak Cik Hasan atau pak cik Hassan ? 10. Mak Limah atau Emak Limah ?1. Soalan anda telah kami terima. 2. Ibu bapa bercerai. 3. Apa-apa yang meragui (orang), apa-apa yang meragukan (benda). 4. Kedua-duanya boleh digunakan. 5. Majlis keramaian 6. guru besar, Guru Besar Halim.  7. Perdana Menteri. 8. Menteri Besar. 9. Pak Cik Hasan. 10. Emak Limah (emak kepada Limah). Mak Limah (nama orang).Tatabahasa06.12.2009
perbezaan diragui dengan meragukanSila rujuk manfaatkan kemudahan yang tersedia dalam laman web kami untuk mencari makna dan perbezaan makna kata.Makna09.05.2017
sekaligus atau sekali gus?

Salam sejahtera,

Sekali gus dieja secara terpisah. Bagi memudahkan saudara untuk menyemak perkataan yang ejaannya meragukan, saudara bolehlah menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu. DBP satu-satunya badan bahasa di Malaysia yang diiktiraf untuk menentukan perkara yang berkaitan dengan bahasa Melayu.

Tatabahasa01.11.2012

Kembali ke atas