Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl 1. gelaran utk raja-raja kecil (peng­hulu); 2. (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki­laki biasa, marah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (mérah) warna spt warna darah; ~-~ bahasa agak merah; ~ darah merah spt darah; ~ jambu = ~ muda merah keputih­putihan; ~ kesumba merah tua; ~ lembayung merah bercampur ungu; ~ marak = ~ men-jahang = ~ menyala = ~ merang = ~ murup sangat merah; ~ muka kemalu-maluan; ~ padam merah spt bunga teratai (warna muka ketika marah); ~ pijar sangat panas sehingga membara (logam dll); ~ pulasan merah spt kulit buah pulasan masak; ~ saga warna merah spt biji saga; ~ telinga marah; ~ telur bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuning­kuningan; ~ tua merah kehitam-hitaman; di luar ~, di dlm pahit prb janganlah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasa­nya berisi tipu daya yg busuk; bermerah; ~ muka ki bertengkar (berhujah dll) spt akan berkelahi; memerah menjadi merah: panas matahari sudah mulai mengundur dan di sebelah barat langit sudah mulai ~; memerahi membubuh warna merah pd, mewarnai merah: pipinya dimerahi dgn gincu, pinggangnya diikat ramping-ram-ping; memerahkan menjadikan (menyebabkan) merah, membuat menjadi merah; ~ muka menjadikan muka merah (menyebabkan marah); kemerahan keadaan merah; kemerah-merahan berwarna agak merah, seakan-akan merah: lapisan yg ~; pemerah sesuatu (bahan dll) yg menjadikan sesuatu lain berwarna merah; ~ pipi bahan solek utk memerahkan pipi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (mérah) sj ikan laut; ~ bambangan = ~ pucat sj ikan laut, Lutjanus sanguineus; ~ boreng = ~ coreng sj ikan laut, Lutjanus sebae; ~ cina a) sj ikan laut, Caesio pinjalu; b) sj ikan laut, Caesio erythropterus; ~ mata hitam sj ikan laut, Lutjanus malabaricus; ~ suman sj ikan laut, Pinjalo spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /mérah/ warna spt warna darah. ~ jambu (muda) merah keputih-putihan. ~ kesumba merah tua. ~ lembayung merah bercampur ungu. ~ marak (menyala) sangat merah; merah yg sangat terang. ~ padam merah spt warna bunga padma (bkn warna muka ketika marah). ~ pulasan merah spt warna kulit buah pulasan masak. ~ telinga marah. ~ telur bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuning-kuningan. ~ tua merah kehitam-hitaman. memerah menjadi merah: Kaki langit mulai ~. memerahi menjadikan merah (oleh sesuatu): Jari-jari pengantin itu dimerahi inai. memerahkan menyebabkan jadi merah (dgn menggunakan sesuatu): Gadis itu ~ bibirnya dgn gincu. kemerahan keadaan merah. kemerah-merahan agak merah; seakan-akan merah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merah

Puisi
 

Laksamana mudik ke bendang,
     Seluar merah baru berjahit;
Laksananya buah pedendang,
     Luarnya merah dalamnya pahit.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Buah masak merah belum tentu manis rasanya.

Bermaksud :

Orang yang elok rupanya itu belum tentu perangainya baik.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
pink 1n 1. (colour) warna /merah muda, merah jambu, merah samar, dadu/: a beautiful dark ~, warna dadu gelap yg cantik; 2. clothing etc of this colour, pakaian berwarna /merah muda, merah jambu, merah samar, dadu/: she was dressed in ~ from head to foot, dia memakai pakaian serba merah jambu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pink 1 adj 1. (of colour), (berwarna) merah muda, merah jambu, merah samar, dadu: ~ cheeks, pipi yg berwarna merah jambu; go ~, muka [sso] menjadi merah: he went ~ when his name was mentioned, mukanya menjadi merah apabila namanya disebut; 2. mildly leftwing, agak kiri: he always has been a bit ~ in his political opinions, pendirian politiknya agak kiri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blushvi 1. redden, menjadi merah, naik merah: she ~ed with shame, mukanya menjadi merah krn malu; his face ~ed crimson at their remarks, mukanya menjadi merah apabila mendengar komen-komen mereka; ~ to the roots of o’s hair, muka sso /menjadi merah, naik merah/; 2. be ashamed, berasa malu: I ~ to admit my error, saya berasa malu utk mengakui kesalahan saya; 3. become rosy, memerah, menjadi merah: the eastern sky ~ed with the approach of dawn, langit sebelah timur memerah apabila fajar menyingsing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pinkishadj (berwarna) /merah muda, merah jambu, dadu/ yg samar-samar: there was a ~ glow in the sky, terdapat cahaya merah muda yg samar-samar di langit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
redadj 1. having the colour red, merah: her ~ lips parted in a smile, bibirnya yg merah mengorak senyum; the sky was ~ in the east, langit merah di sebelah timur; the ~ light flashed, indicating danger, lampu merah menyala menandakan bahaya; 2. (of hair, fur) auburn, perang kemerah-merahan: it’s got a ~ coat and bushy tail, binatang itu mempunyai bulu yg perang kemerah-merahan dan ekor yg kembang; 3. (of face) flushed with embarrassment or anger, merah padam: Harriet went ~ in the face with anger, muka Harriet merah padam krn marah; 4. (of eyes) sore from crying, merah: Lorna’s eyes were ~ from crying, mata Lorna merah krn menangis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scarletadj (of colour) brilliant red, (berwarna) merah darah; (of blush) merah: all eyes were on her ~ dress, semua mata tertumpu pd bajunya yg merah darah; when she was complimented, she blushed ~, mukanya menjadi merah apabila dia dipuji;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
red carpetn permaidani merah; (welcome, reception) sambutan /permaidani merah, meriah/: they rolled out the ~ in the aisle of the hall, mereka membentangkan permaidani merah di laluan tengah dewan itu; he was given a ~ reception, dia diberi sambutan permaidani merah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
redn 1. (colour), (warna) merah: he added a little ~ to the white paint, dia menambahkan sedikit cat warna merah ke dlm cat warna putih; the ~s and golds of autumn leaves, daun-daun pd musim luruh yg berwarna merah dan keemasan; 2. red clothes, pakaian berwarna merah: the men whistled as the lady in ~ walked by, orang-orang lelaki itu bersiul semasa wanita yg memakai pakaian berwarna merah lalu; 3. red wine, wain merah: a glass of ~ please, beri saya segelas wain merah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flush1vi 1. redden, menjadi merah, memerah; (in anger), (menjadi) merah padam: she ~ed at the compliment, mukanya menjadi merah krn dipuji; his face ~ed with anger, mukanya merah padam krn marah; 2. (of toilet) dipam: the toilet won’t ~, jamban itu tdk dapat dipam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
between6. (indic two or more alternatives) antara: a choice ~ pink and red, pilihan antara warna merah jambu dgn warna merah; choose ~ him and me, pilih antara dia dgn saya; 7. separating, distinguishing, antara: the difference ~ butter and margarine, perbezaan antara mentega dgn marjerin; the distinction ~ right and wrong, perbezaan antara yg betul dgn yg salah; 8. confined to, sesama: this is strictly ~ ourselves, ini adalah sesama kita sahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas