Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl 1. gelaran utk raja-raja kecil (peng­hulu); 2. (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki­laki biasa, marah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (mérah) warna spt warna darah; ~-~ bahasa agak merah; ~ darah merah spt darah; ~ jambu = ~ muda merah keputih­putihan; ~ kesumba merah tua; ~ lembayung merah bercampur ungu; ~ marak = ~ men-jahang = ~ menyala = ~ merang = ~ murup sangat merah; ~ muka kemalu-maluan; ~ padam merah spt bunga teratai (warna muka ketika marah); ~ pijar sangat panas sehingga membara (logam dll); ~ pulasan merah spt kulit buah pulasan masak; ~ saga warna merah spt biji saga; ~ telinga marah; ~ telur bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuning­kuningan; ~ tua merah kehitam-hitaman; di luar ~, di dlm pahit prb janganlah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasa­nya berisi tipu daya yg busuk; bermerah; ~ muka ki bertengkar (berhujah dll) spt akan berkelahi; memerah menjadi merah: panas matahari sudah mulai mengundur dan di sebelah barat langit sudah mulai ~; memerahi membubuh warna merah pd, mewarnai merah: pipinya dimerahi dgn gincu, pinggangnya diikat ramping-ram-ping; memerahkan menjadikan (menyebabkan) merah, membuat menjadi merah; ~ muka menjadikan muka merah (menyebabkan marah); kemerahan keadaan merah; kemerah-merahan berwarna agak merah, seakan-akan merah: lapisan yg ~; pemerah sesuatu (bahan dll) yg menjadikan sesuatu lain berwarna merah; ~ pipi bahan solek utk memerahkan pipi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (mérah) sj ikan laut; ~ bambangan = ~ pucat sj ikan laut, Lutjanus sanguineus; ~ boreng = ~ coreng sj ikan laut, Lutjanus sebae; ~ cina a) sj ikan laut, Caesio pinjalu; b) sj ikan laut, Caesio erythropterus; ~ mata hitam sj ikan laut, Lutjanus malabaricus; ~ suman sj ikan laut, Pinjalo spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /mérah/ warna spt warna darah. ~ jambu (muda) merah keputih-putihan. ~ kesumba merah tua. ~ lembayung merah bercampur ungu. ~ marak (menyala) sangat merah; merah yg sangat terang. ~ padam merah spt warna bunga padma (bkn warna muka ketika marah). ~ pulasan merah spt warna kulit buah pulasan masak. ~ telinga marah. ~ telur bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuning-kuningan. ~ tua merah kehitam-hitaman. memerah menjadi merah: Kaki langit mulai ~. memerahi menjadikan merah (oleh sesuatu): Jari-jari pengantin itu dimerahi inai. memerahkan menyebabkan jadi merah (dgn menggunakan sesuatu): Gadis itu ~ bibirnya dgn gincu. kemerahan keadaan merah. kemerah-merahan agak merah; seakan-akan merah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merah

Puisi
 

Laksamana mudik ke bendang,
     Seluar merah baru berjahit;
Laksananya buah pedendang,
     Luarnya merah dalamnya pahit.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Buah masak merah belum tentu manis rasanya.

Bermaksud :

Orang yang elok rupanya itu belum tentu perangainya baik.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sanguinemerah sanguine , merah darahKesenianTiada2. Merah kedarahan.
red staincacat warna merah; pewarna merahPerhutananTiadaTiada
International Movement of the Red Cross and the Red CrescentPergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit MerahSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang pada mulanya dikenali sebagai Palang Merah Antarabangsa dan kemudiannya bertukar nama pada tahun 1986 bagi merangkumi beberapa cawangan di negara Arab. Pergerakan ini membiayai Persidangan Palang Merah Antarabangsa yang merupakan badan tertinggi dalam pergerakan ini. Badan ini bersidang setiap empat tahun sekali dan anggotanya terdiri daripada wakil setiap Pertubuhan Palang Merah daripada beberapa jawatankuasa antarabangsa. Kini, lebih kurang 175 buah negara mempunyai Pertubuhan Palang Merah. Semua aktiviti pertubuhan ini dibiayai oleh yuran keahlian dan sebilangannya mendapat subsidi kerajaan. Aktiviti pergerakan ini telah berkembang sejak Perang Dunia Kedua dan meliputi pelbagai bidang. Antaranya untuk menjaga kebajikan pelarian akibat peperangan, bencana alam dan konflik etnik di serata dunia, termasuk di Hungary (1956), Somalia (1992), Rwanda (1994) dan Yugoslavia (1990-an). Pergerakan ini juga menyelaras usaha pertolongan antarabangsa dalam bencana alam seperti kejadian angin kencang dan ombak besar yang melanda Pakistan Timur peredaan ketegangan Pergerakan Antarabangsa (Bangladesh) pada tahun 1970, dan gempa bumi di Armenia (1988) dan Turki (1999). Sinonim PBSM.
burgundymerah tuaKesenianTiadaMerah tua: Warna merah kekundangan.
cherrymerah pulasanPentadbiran PerniagaanTiada2. Merah pulasan: Warna merah seperti kulit buah pulasan masak.
red heartempulur merahKejuruteraanTiadaEmpulur merah: Bahagian dalaman berwarna merah yang terjadi di dalam tembikar lempung semasa disejukkan dalam proses menyediakan barangan tersebut.
carminekarminPerubatanTiadaBahan warna merah atau merah keunguan yang diperoleh daripada kokineal.
carminekarminKimiaTiadaBahan warna merah atau merah keunguan yang diperoleh daripada kokineal.
crocoitekrokoitGeologiTiadaMineral monoklinik berwarna merah cerah, merah kekuningan, atau jingga: PbCrO4
carminekarminPentadbiran PerniagaanTiadaBahan warna merah atau merah keunguan yang diperoleh daripada kokineal.
12345678910...

Kembali ke atas