Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1. mengatur lebih dahulu, mem­persiapkan, merencanakan: antara beberapa kemajuan yg dicapai oleh ilmu perubatan sekarang ialah ilmu ~ keluarga; mereka cuba ~ suatu pemberontakan; 2. meng­anggarkan: negara ~ jumlah peng­hasilan yg mesti dicapai, menentukan apa yg penting dan tidak...; 3. bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir, mem­per­timbangkan: ke­raja­an Indonesia ~ hendak memutuskan hu­bung­­­an diplomatik dgn China Komunis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1. memacakkan rancang ke dlm tanah (utk menentukan sempadan dll); 2. tegak menganjur ke atas runcing-runcing (mencuar runcing-runcing). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1 mengatur sesuatu lebih dahulu; merencanakan: Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan utk ~ penubuhan universiti itu. 2 membuat anggaran; menganggarkan: Persatuan itu belum lagi ~ pendapatan dan perbelanjaannya utk tahun depan. 3 mengagak-agak; memikir-mikirkan apa-apa yg hendak dibuat: Dia ~ bagaimana hendak melanjutkan pelajarannya ke Eropah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1 memacakkan rancang ke tanah (utk menandai sempadan dll). 2 kelihatan mencuar-cuar tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rancang2
Kata Terbitan : merancang, terancang, rancangan, perancangan, perancang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak kami sedang merancang mengadakan program berkaitan kesihatan untuk komuniti. Program ini akan melibatkan pengguna. Bercadang menggunakan tagline = "Kenali Ubat, Komuniti Sihat Sejahtera. Mohon pandangan pihak tuan tentang kesesuaian bahasa dalam tagline tersebutCogan kata yang dicadangkan boleh digunakan.Tatabahasa22.02.2012
Oleh hal yang demikian, setiap pihak seharusnya merancang strategi dan menitikberatkan mekanisme yang ampuh dalam usaha menangani masalah yang semakin menular di Malaysia ini seperti kata pepatah tiba di mata dipejamkan, tiba di perut dikempiskan. apakah maksud peribahasa tersebut?

Encik Yu,

Peribahasa ini bermaksud perbuatan yang tidak adil.

Lain-lain04.06.2010
salam.Dewan bahasa dan pustaka wilayah selatan merancang program puisi di sekitar johor pada waktu terdekat ini? bagaimana saya ingin menghubungi penulis sajak atau syair di sekitar negeri johor memandangkan saya sedang membuat kajian tentang puisi di negeri johor. terima kasih..

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Encik Rusdi Abd. Rahman, Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, no. telefon 07-2358802, no faks 07-2358802 atau melalui e-mel rar@dbp.gov.my.

Lain-lain01.02.2010
Salam sejahtera, saya ingin bertanya jika DBP ada merancang untuk menambah akses kepada portal sesawang prpm bukan sahaja melalui laman sesawang, malah melalui aplikasi atau perisian khusus di masa depan? Sekian, terima kasih.Salam sejahtera, Untuk makluman tuan, pihak DBP akan terus menambah baik perkhidmatan berdasarkan keperluan dan teknologi masa kini yang bersesuaian. Terima kasih atas keprihatinan dan kejasama. SekianLain-lain27.05.2020
Terjemahan perkataan ‘life skills’. Sebagai makluman, pihak kami sedang merancang untuk mengadakan kursus kemahiran jangka pendek bagi meningkatkan kemahiran golongan belia. Cadangan awal tajuk kursus ini ‘Life Skills: Weekend Courses. Namun alangkah manisnya jika kami dapat menggunakan Bahasa Malaysia/Melayu sepenuhnya

Padanan bahasa Melayu untuk istilah  "life skill" dalam bidang Pendidikan ialah kemahiran hidup.

Istilah17.12.2022
saya merupakan pengerusi kelab bahasa melayu di sekolah . kami merancang untuk mengadakan lawatan ke jabatan dewan bahasa dan pustaka. jadi, apakah tindakan yg selanjutnya harus saya ambil?Tuan boleh menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP iaitu Tuan Haji Razali bin Che Mat melalui talian 03-2147 9464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. Selain itu, tuan juga boleh menulis surat kepada Ketua Bahagian Komunikasi KOrporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain16.02.2014
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera, Tidakkah pihak DBP ada merancang untuk mengulang cetak novel karya Ramlee Awang Murshid berjudul Igauan Maut? Pada pendapat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, sudah pasti akan mendapat sambutan yang hangat memandangkan begitu ramai peminat karya-karya ciptaan Saudara Ramlee di luar sana. Sekiranya pihak DBP meninjau laman Facebook Kelab RAM (lebih 26,000 pengikut) atau ke laman web Kelab RAM, begitu ramai peminat setia yang tercari-cari novel ini bagi melengkapkan koleksi mereka. Ada yang sanggup meminjam sesama sendiri dan tawar-menawar bagi mendapatkannya. Pada hemat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, bukan sahaja mampu memberi khabar gembira buat peminat-peminat Saudara Ramlee, malah pihak DBP juga boleh meraih keuntungan dengan edisi ulang cetak ini seperti mana karya-karya laris lain yang telah diulang cetak. Diharapkan agar cadangan saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam. Untuk pengetahuan tuan, DBP akan  mencetak ulang buku ini. Kami berharap berita ini akan menggembirakan tuan dan semua peminat/pengikut penulis terkenal ini.Lain-lain28.06.2012
Adakah mencatur bermaksud bermain catur?Mencatur dan bermain catur membawa maksud yang berbeza. Mencatur bermaksud merancang dan mengatur (hidup, nasib dan sebagainya seseorang) dengan strategi tertentu untuk kepentingan tertentu. Manakala bermain catur pula merujuk kepada aktiviti bermain catur.Makna11.12.2021
"Salam DBP. Apakah terjemahanyang paling tepat untuk 'trip making'?"Kami mencadangkan frasa "trip making" diterjemahkan kepada "merancang perjalanan".Penyemakan dan penterjemahan22.04.2014
salam sejahtera dan salam 1 malaysia. kami ingin mewujudkan sebuah tadika, dan dalam masa ini kami telah merancang dua nama atas nama tadika tersebut. iaitu. Smarties Kids OneStop Centre. dan Smarties Kids School. so di sini kami mahu bertanya berkenaan makna "smarties" dan adakah penggunaanya akan merosakkan penggunaan bahasa? sekian, terima kasih.

Untuk makluman, DBP tidak memberi khidmat nasihat tentang bahasa Inggeris dan hanya memberi khidmat nasihat tentang bahasa Melayu. Pihka kami juga mengesyorkan supaya pihak tuan menggunakan bahasa Melayu dalam penamaan tadika tersebut. Terima kasih.

Lain-lain17.07.2011
12345

Kembali ke atas