Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1. mengatur lebih dahulu, mem­persiapkan, merencanakan: antara beberapa kemajuan yg dicapai oleh ilmu perubatan sekarang ialah ilmu ~ keluarga; mereka cuba ~ suatu pemberontakan; 2. meng­anggarkan: negara ~ jumlah peng­hasilan yg mesti dicapai, menentukan apa yg penting dan tidak...; 3. bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir, mem­per­timbangkan: ke­raja­an Indonesia ~ hendak memutuskan hu­bung­­­an diplomatik dgn China Komunis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1. memacakkan rancang ke dlm tanah (utk menentukan sempadan dll); 2. tegak menganjur ke atas runcing-runcing (mencuar runcing-runcing). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1 mengatur sesuatu lebih dahulu; merencanakan: Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan utk ~ penubuhan universiti itu. 2 membuat anggaran; menganggarkan: Persatuan itu belum lagi ~ pendapatan dan perbelanjaannya utk tahun depan. 3 mengagak-agak; memikir-mikirkan apa-apa yg hendak dibuat: Dia ~ bagaimana hendak melanjutkan pelajarannya ke Eropah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1 memacakkan rancang ke tanah (utk menandai sempadan dll). 2 kelihatan mencuar-cuar tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rancang2
Kata Terbitan : merancang, terancang, rancangan, perancangan, perancang,


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merancang[m«.ÒAn.tSAN]kata adjektif1. bunyi berterusan yang disebabkan oleh geseran atau hantukkan logamBaskat burok tu bila kayoh laju sikit mola merancang.[bAs.kAt bu.Òo/ tu bi.lA kA.joh lA.dZu si.kit m.lA m«.ÒAn.tSAN]Basikal buruk itu apabila dikayuh laju sikit akan berbunyi.
   2. merancangMenikah baru seminggu, mak mentua dah lagang suroh beli yang nu yang ni.[m«.ni.kAh bA.Òu s«.miN.gu mA/ m«n.tu.wA dAh lA.gAN su.Òoh b«.li jAN nu jAN ni]Menikah baru seminggu, mak mertua sudah merancang supaya membeli berbagai-bagai barang.
   2. berkenaan dengan bercakap banyak dengan nada suara yang tinggi berkenaan perempuanSora mami tu merancang, sakit telinga aku.[s.ÒA mA.mi tu m«.ÒAn.tSAN sA.kit t«.li.NA A.ku]Suara mami itu tinggi, sakit telinga saya.

Kembali ke atas