Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rang.kai.kan] | مرڠکايکن

Definisi : menghubungkan berangkai-rangkai, memautkan, mengaitkan: tulang belakang terjadi drpd beberapa kerat tulang yg dirangkaikan oleh urat tendon; Indonesia sedang ~ kerjasama dgn dua lagi anggota OPEC; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rang.kai.kan] | مرڠکايکن

Definisi : menghubungkan supaya berangkai-rangkai; mengaitkan: Awalan spt ber-, me-, ter- dirangkaikan dgn kata yg mengikutinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah hendak merangkaikan suku kata untuk perkataan di bawah untuk bacaan suku kata kanak-kanak umur 5 tahun: 1) bau (bau / ba.u) 2) liar (liar / li.ar) 3) saiz (saiz / sa.iz) 4) ais (ais) 5) penguin (pen.guin / pen.gu.in)Pemenggalan suku kata perkataan yang disenaraikan adalah ialah 1) ba.u (2) li.ar (3) sa.iz (4) a.is dan (5) pe.ngu.in
Anda harus membezakan dengan jelas antara pemenggalan suku kata dengan pemenggalan untuk sebutan.
Tatabahasa11.04.2017
Mel Ahmad Bagaimana tentang tanda sempang - dengan 90-an, hamba-NyaPenggunaan sempang i. kata ulang contoh anak-anak, ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, contoh hamba-Mu, pro-Malaysia, v. merangkaikan ke dengan angka, contoh, ke-125, ke-2000. vi. hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah contoh alat pandang-dengar. Tanda sempang (-) juga digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan. Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) seperti yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea atau mengganti perkataan hingga seperti Jun - September.Ejaan09.01.2017
Bolehkah tanda sempang digunakan untuk merangkaikan unsur bahasa Melayu dengan unsur bahasa asing. Contoh : meng-upgrade-kan di-chartertidak boleh. contoh penggunaan yang betul ialah ke-21.Tatabahasa03.11.2007
mengenal pasti atau mengenalpasti. horamat menghormati atau hormat-menghormati. terangkan sedikit tentang penggunaan tanda sempang.Penggunaan sempang i. kata ulang cth. anak-anak,ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, cnth. hamba-Mu, pro-Malaysia,v. merangkaikan ke dgn angka, cnth., ke-125, ke-2000. vi. hbgn. antara kata-kata pd rangkai kata setara tertentu atau istilah. cnth. alat pandang-dengar. Terima kasih.Lain-lain19.11.2006
Salam sejahtera, saya sedia memahami bahawa kata nama majmuk terhasil daripada merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan sebarang unsur seperti rukun tetangga, balai raya, dan sebagainya. Pertama, adakah ‘ibu bapa’, sebagai contohnya, tergolong dalam kata nama majmuk? Bukankah kata hubung gabungan ‘dan’ / ‘atau’ boleh disisipkan antara kata nama ibu dengan kata nama bapa? Kedua, andai kata ‘ibu bapa’ tergolong dalam kata nama majmuk, bagaimanakah penggandaannya? Penjelasan dan budi bicara pihak tuan demi memartabatkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu amat dialu-alukan dan dihargai. Sekian, terima kasihIbu bapa ialah frasa nama dan frasa tersebut boleh disisipkan dengan perkataan lain, seperti ibu dan bapa.Tatabahasa18.11.2018
ejaan kata sendi naaKata sendi bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain. Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, kepada, daripada, dalam, akan, bagi, untuk, hingga, seperti dan oleh. Ejaan kata sendi 'di' sering dieja salah, misalnya bagi maksud menunjukkan arah , contoh di utara dan di Kuala Lumpur ; dan bagi membentuk kata kerja, contoh dimakan dan ditulis.Tatabahasa01.03.2008
Assalamualaikum Tuan/puan/cik, 1.Boleh atau tidak tanda sempang- digunakan untuk merangkaikan unsur bahasa Melayu dengan unsur bahasa asing.Contohnya: meng-upgrade-kan,meng-emel-kanBahasa Melayu tidak boleh dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain seperti contoh yang diberikan, ini juga dikenali sebagai bahasa rojak.Lain-lain20.01.2009
adakah muat turun dan muat naik ialah kata majmuk?Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Oleh itu, "muat turun" dan "muat naik"  ialah kata majmuk.Tatabahasa10.03.2013
ubahsuai (akronim)?Ubah suai ialah kata majmuk. Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu , dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Contohnya, kapal terbang dan gambar rajah. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata. Contohnya, cerpen dan Bernama.  Tatabahasa04.07.2011
apakah perbezaan kata majmuk dengan kata ganda?

Menurut data kami kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya  kerusi malas ialah katamajmuk kerana tidak dapat disisipkan  unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. 

Manakala kata ganda Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh: buku-buku dan pembesar-pembesar. Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: gegelang dan sesiku. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contoh: kuih-muih dan pinggan mangkuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contoh: jalan raya dan duta besar. 

Tatabahasa22.07.2018
1234567

Kembali ke atas