Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ran.tai] | مرنتاي

Definisi : 1. mengikat dgn rantai, mem­belenggu: panglima Hitam dirantai lalu ditolak tersungkur ke lantai; 2. ki meng­hambat, menyekat: kau sudah tidak rindu akan kampungmu sebab hatimu telah di­rantai kota; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.tai] | مرنتاي

Definisi : menambat (mengikat) dgn rantai; membelenggu: Ia ~ gajahnya dgn rantai besi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rantai (kata nama)
1. Bersinonim dengan kalung: leca, utas,

2. Bersinonim dengan ikatan: kaitan, pertalian, hubungan, jalinan,

Kata Terbitan : berantai, berantai-rantai, merantai, rantaian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cipher block chainingperantaian blok siferTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerMod blok sifer yang meningkatkan mod buku kod elektronik dengan merantai kesemua blok teks sifer yang terhasil dan dikendalikan pada segmen teks biasa yang mempunyai panjang pemboleh ubah kurang atau sama dengan panjang blok. Mod ini dilaksanakan dengan menggunakan segmen teks sifer yang dijanakan terdahulu sebagai input algoritma, iaitu dengan menginput kembali teks sifer bagi menjanakan satu blok output. Seterusnya, blok output ini digabungkan melalui OR eksklusif (NOR) dengan segmen teks biasa yang berikutnya, iaitu kurang daripada panjang blok untuk membentuk segmen teks sifer yang berikutnya.

Kembali ke atas