Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ran.tau] | مرنتاو

Definisi : 1. berjalan, belayar, atau me­ngem­­bara (mencari penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.tau] | مرنتاو

Definisi : 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rantau (kata nama)
1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung,

2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,

Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau,

Puisi
 

Rama-rama terbang ke rantau,
     Tiba di rantau membilang jari;
Lama-lama abang merantau,
     Adik yang tinggal membilang hari.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Merantau ke hujung bendul.

Bermaksud :

Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Peribahasa lain yang sama makna: Merantau di sudut dapur).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun.(Betulkah perkataan "pengalaman"digunakan dalam ayat ini?)2)Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.3)Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula,baginda bersemayam di atas mahligai sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 tahun.(Tolong betuklan ayat (2) dan (3) jika ada salah.Terima kasih.)1. Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun. Penggunaan perkataan pengalaman dalam ayat tersebut betul.
2. Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.
3. Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat  sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 bermula, baginda bersemayam di atas mahligai.
Tatabahasa11.09.2012
Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun Munsyi, adakah pengalaman sesuai digunakan dalam ayat ini? TKUngkapan yang lazim digunakan ialah jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman. Perkataan pengalaman tidak sesuai dalam ayat contoh yang diberikan.Tatabahasa05.04.2012
Saya harap tuan dapat membetulkan tatabahasa saya jika ada kesalahan.TQ agar tidak membuat bising. bertahun-tahun dia merantau. pengantin baru. sebagai akibat hujan lebat. membicangkan tentang. memperlebarkan jalan. atas perhatian. ramai kanak-kanak. amat merbahaya. menternak telur ayam. dalam peperiksaan. turun ke bawah. rumah orang tua-tua. makan kuih lagi. mendatangkan banyak.

Sdr. Izzat, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Harap pada masa hadapan berikan nama penuh dan no. kad pengenalan untuk tujuan pendokumentasian.

 TQ agar tidak membuat bising - TQ - seharusnya ditulis Terima kasih.

sebagai akibat hujan lebat -  seharusnya ditulis akibat hujan lebat.

memperlebarkan jalan - tidak menjadi kesalahan besar , boleh sahaja ditulis melebarkan jalan.

amat merbahaya - seharusnya ditulis amat berbahaya

menternak telur ayam - seharusnya ditulis menternak ayam kerana telur ayam tidak boleh diternak.

Ayat yang lain-lain betul dari segi penggunaanya. Atau untuk penjelasan yang lebih lanjut sila berikan ayat yang penuh.

 

Tatabahasa10.07.2009
1)Apakah yang dimaksudkan dengan kata bilangan dan bagaimana penggunaannya? 2)Adakah ayat di bawah betul dari segi tatabahasa dan jika salah, bagaimana cara penulisan yang betul? Sudah bertahun dia merantau ke luar negara. Terima kasih.Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama. Contoh yang diberi ialah kata bilangan yang emnunjukkan bilangan tak tentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 287.Tatabahasa21.06.2012
Salam, apakah beza perkataan 'selamanya' dan 'selama-lamanya'? Terima kasih.Waalaikumussalam.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Selamanya bermaksud:
Untuk jangka masa yg lama dan ber­terusan: Contoh ayat: Manusia tidak selamanya muda.

Selama-lamanya bermaksud:

1.Yang sangat lama, paling lama: Contoh ayat: Selama-lamanya dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia;
2. Tidak berkesudahan, kekal: Contoh ayat: Dia berikrar tinggal di Singapura selama-lamanya.

Maksud kedua-dua perkataan hampir sama tetapi tidak boleh digunakan pada ayat yang sama.  Penggunaan perkataan ini bergantung kepada konteks ayat dan maksudnya.
Makna09.04.2014

Kembali ke atas