Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ran.tau] | مرنتاو

Definisi : 1. berjalan, belayar, atau me­ngem­­bara (mencari penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.tau] | مرنتاو

Definisi : 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rantau (kata nama)
1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung,

2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,

Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau,

Puisi
 

Rama-rama terbang ke rantau,
     Tiba di rantau membilang jari;
Lama-lama abang merantau,
     Adik yang tinggal membilang hari.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Merantau ke hujung bendul.

Bermaksud :

Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Peribahasa lain yang sama makna: Merantau di sudut dapur).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJika bergendang kulit kerbau, Dalam majlis tari menari; Adik ini dagang merantau, Mengharap belas abang di sini.
Kurik Kundi Merah SagaRama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit tangga batu, Hari petang memetik mangga; Meniti balik ketika waktu, Abang seorang merantau juga.

Kembali ke atas