Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ran.tau] | مرنتاو

Definisi : 1. berjalan, belayar, atau me­ngem­­bara (mencari penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.tau] | مرنتاو

Definisi : 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rantau (kata nama)
1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung,

2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,

Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau,

Puisi
 

Rama-rama terbang ke rantau,
     Tiba di rantau membilang jari;
Lama-lama abang merantau,
     Adik yang tinggal membilang hari.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Merantau ke hujung bendul.

Bermaksud :

Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Peribahasa lain yang sama makna: Merantau di sudut dapur).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Merantau di sudut dapur.Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Biasa juga: Merantau ke balik dapur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Merantau ke hujung bendul.Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Peribahasa lain yang sama makna: Merantau di sudut dapur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai si lumpuh hendak merantau.Ingin melakukan pekerjaan yang mustahil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Merenangi laut lepas.Pergi merantau tanpa tujuan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terbang bertumpu, hinggap mencengkam.Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan).Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung). (Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang.Jika pergi merantau ke negeri asing hendaklah mencari sesuatu yang berguna (harta, ilmu pengetahuan dan sebagainya), jangan membuang-buang waktu dengan percuma.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga.Tidak betah merantau, akhirnya balik semula ke kampungnya. seluang = sebangsa ikan air tawar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak.Hendaklah selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sayang di anak dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan.Sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri, pergi merantau ke negeri lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas