Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ran.tau] | مرنتاو

Definisi : 1. berjalan, belayar, atau me­ngem­­bara (mencari penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.tau] | مرنتاو

Definisi : 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rantau (kata nama)
1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung,

2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,

Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau,

Puisi
 

Rama-rama terbang ke rantau,
     Tiba di rantau membilang jari;
Lama-lama abang merantau,
     Adik yang tinggal membilang hari.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Merantau ke hujung bendul.

Bermaksud :

Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Peribahasa lain yang sama makna: Merantau di sudut dapur).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wanderlustgemar merantauPelanconganTiadaKeinginan individu untuk mengembara tanpa menetapkan destinasi yang dituju dan tidak terhad pada masa tertentu.
wanderlust tourismpelancongan gemar merantauPelanconganTiadaPelancongan yang bercirikan keinginan untuk mengembara, tanpa had masa dan destinasi yang dituju.

Kembali ke atas