Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.sa] | مراس

Definisi : 1. mengalami rasa dgn lidah: air itu dirasanya masin; 2. mengalami rasa (sakit dll) pd tubuh: setelah Raja Zainal ~ luka, maka baginda pun meraba keris; nanti setelah lepas Pulau Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China; 3. = merasa-rasa mencuba dgn lidah utk mengetahui manis masam (pahit tidaknya dll): ia ~ gula itu; dua tiga orang sudah pun sampai dan ~ air kopi itu; 4. = merasa-rasa meraba-raba (menjamah dll) utk mengetahui kasar halus­nya (berat tidaknya dll): licin tidaknya dapat dirasa sendiri dgn tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.sa] | مراس

Definisi : mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merasa

Puisi
 

Burung serindit di dalam perahu,
     Bunga bayam di dalam dulang;
Hati adik merasa rindu,
     Kerana berjauhan dengan abang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sudah merasa maka (= baru) santun.

Bermaksud :

Baru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sensitivepekaBiologiMikrobiologiKebolehan menerima, merasa atau bertindak balas terhadap rangsangan luar, seperti patogen, atau tindak balas yang keterlaluan terhadap antigen dan faktor yang lain.
egoegoKesusasteraanTiadaDiri seorang yang berfikir, merasa, berkemahuan, dan membezakan diri daripada orang lain.
obtundentobtundenPerubatanTiadaAgen yang boleh mengurangkan kebolehan merasa sakit atau sentuhan.
sensederia; maksudPendidikanTiadaDeria: Alat pada manusia yang dapat merasa, iaitu mata, telinga, hidung, mulut, dan tangan, yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
bulimiabulimiaSains KesihatanTiadaGanggunan makan yang menyebabkan seseorang individu tersebut merasa selera makannya, tidak puas tetapi takut berlaku peningkatan berat badan jika makan berlebihan. Individu tersebut sering memuntahkan semula makanan yang dimakan.
pressurized cabinkabin bertekananAeroangkasaTiadaKabin pesawat udara yang bertekanan supaya penumpang merasa selesa walaupun pesawat udara berada pada altitud tinggi.
placeboplaseboBiologiFisiologi1. Bahan tak aktif yang diberikan kepada pesakit supaya ia merasa puas. 2. Sebatian lengai, yang benar-benar serupa dengan bahan ujian (ubat) dalam penyelidikan yang pesakit dan doktor mungkin tidak dapat membezakan yang mana satu adalah ubat.
glare screeningtapis silauKejuruteraan AutomotifTiadaAlat untuk mengurangkan sinaran cahaya memasuki kenderaan supaya pemandu merasa selesa semasa memandu arah bertentangan punca cahaya.
constrictorpencerutAeroangkasaTiadaPencerut: Bahagian yang mencerut pada nozel enjin ramjet.,Kabin pesawat udara yang bertekanan supaya penumpang merasa selesa walaupun pesawat udara berada pada altitud tinggi.,Pencerut: Bahagian yang mencerut pada nozel enjin ramjet.
paralysiskelumpuhanPerubatanTiada1. Ketidakupayaan atau tidak dapat bergerak. 2. Kehilangan sebahagian atau keseluruhan fungsi yang melibatkan kebolehan bergerak atau merasa. 3. Kerosakan dalam fungsi lebah dewasa mengakibatkan badannya menggeletar.
123

Kembali ke atas