Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ras.mi.kan] | مراسميکن

Definisi : mengisytiharkan (melantik, menentukan, menetapkan, mengesahkan, dll) dgn rasminya: ~ pameran lukisan; ~ pembukaan sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ras.mi.kan] | مراسميکن

Definisi : mengumumkan dgn rasmi; mengesahkan: Menteri Pelajaran telah hadir utk ~ seminar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasmi (adjektif)
Bersinonim dengan formal, sah, sahih, diluluskan, dibenarkan;,
Kata Terbitan : merasmikan, perasmian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Menteri Besar Selangor akan merasmikan pembukaan bangunan baharu itu" , "Perdana menteri akan merasmikan persidangan itu" . Dalam kedua-dua ayat di atas, adakah perkataan "pembukaan" perlu diletakkan selepas "merasmikan"? Ataupun perkataan "merasmikan" sudah memadai?Kedua-dua ayat tersebut betul, perkataan merasmikan boleh diikuti dengan kata pembukaan/persidangan.Tatabahasa22.10.2014
Assalamualaikum.. ingin bertanya ayat yang tepat untuk merasmikan majlis penutupan sesuatu majlis.. "... dengan ini saya merasmikan majlis penutupan Program ..." adakah ayat ini betul atau ada ayat yang lebih tepat? terima kasihKata sendi nama/kata hubung "dengan" boleh digunakan pada pangkal ayat yang mempunyai ayat utama atau ayat induk yang lengkap... subjek dan predikatnya. Ayat yang dinyatakan adalah betul penggunaannya.Tatabahasa07.08.2012
Dalam ayat yang ada di bawah, apakah ayat yang betul? 1) Sultan Amir telah berkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu nanti. 2) Sultan Amir telah perkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu nanti.

Ayat yang betul ialah “Sultan Amir telah berkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu.”

Tatabahasa22.12.2023
Salam sejahtera. Adakah ayat berikut tepat dari segi tatabahasa? Perdana Menteri akan merasmikan seminar kewangan itu. Minta penjelasan. Terima kasih.Ayat ini lengkap kerana ada subjek (Perdana Menteri) dan juga predikatnya (akan merasmikan seminar kewangan itu).Tatabahasa25.08.2011
Untuk majlis perasmian penutupan, apakah yang betul untuk perasmi? adakah 'dengan ini saya merasmikan majlis penutup mesyuarat agung ini atau saya dengan rasminya menutup mesyuarat agung ini? Pohon pencerahan tuan. Terima kasihDengan ini saya merasmikan majlis penutupan mesyuarat agung ini.Tatabahasa24.01.2017
Mohon pencerahan adakah perkataan PERASMI (merujuk kepada penama yang dijemput merasmikan majlis / acara) wujud dalam BM kerana sekarang sering digunakan oleh orang ramai termasuk institusi pendidikan sendiri.
Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud "perasmi" ialah "orang yang merasmikan sesuatu". Contoh ayat: "Mereka berdiri di hadapan pintu dewan menunggu kedatangan perasmi seminar itu".
Makna14.02.2023
Saya ingin tahu yang manakah format yang betul dan wajar digunakan? Adakah nama diikuti dengan jawatan ATAU jawatan diikuti dengan nama? Contohnya: Ayat 1 - En Faizal Othman, Ketua Pegawai Eksekutif IWK telah merasmikan majlis itu. Ayat 2 - Ketua Pegawai Eksekutif IWK, En Faizal Othman telah merasmikan majlis itu. Yang manakah ayat yang betul?Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, penggunaan yang tepat ialah Encik Faizal Othman, Ketua Pegawai Eksekutif IWK telah merasmikan majlis tersebut.Lain-lain24.07.2018
Salam, adakah penggunaan huruf besar/huruf kecil sesuai untuk merujuk perkataan 'datuk' dalam ayat di bawah? "Terima kasih, datuk kerana sudi merasmikan Ekspo Pertanian ini," kata Encik Lim kepada Datuk Yap. Terima kasih.Waalaikumsalam. Ayat yang betul ialah "Terima kasih Datuk kerana sudi merasmikan Ekspo Pertanian ini," kata Encik Lim kepada Datuk Yap. Perkataan "Datuk" ialah gelaran kehormat, perlu dimulakan dengan huruf besar.Tatabahasa13.03.2015
1.Guru besar itu sedang merasmikan majlis di sekolahnya.(perkataa "guru besar " dalam konteks ayat tersebut nama khas atau nama am? Adakah perlu ditulis dgn huruf besar? 2. Penjodoh bilangn bagi halia dan tulang ikan.1. Guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tersebut. 2. Penjodoh bilangan bagi halia mengikut konteks penggunaannya. Manakala, tidak terdapat penjodh bilangan bagi tulang ikan.Tatabahasa08.03.2013
mohon semak Bersempena dengan sambutan ulang tahun Tenaga Nasional Berhad yang ke-70, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian merasmikan Kompleks Balai Islam TNB pada 16 Januari 2020. Dengan Setulus Ikhlas daripada, Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja.Bersempena dengan sambutan ulang tahun Tenaga Nasional Berhad yang ke-70, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian ... (masukkan nama perasmi) merasmikan Kompleks Balai Islam TNB pada 16 Januari 2020.  Setulus Ikhlas daripada Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja TNB.Lain-lain02.01.2020
123

Kembali ke atas