Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.tap] | مراتڤ

Definisi : penuh dgn barang hiasan (cincin dll): jarinya ~ dgn cincin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.tap] | مراتڤ

Definisi : berbunyi sebiji-biji dgn banyak, berbunyi berulang-ulang (mesingan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.tap] | مراتڤ

Definisi : menangis sambil mengeluarkan kata-kata, mengeluh (sambil menjerit, menangis, dll): sudah beberapa lama Khairil meninggal, masih ada sahaja orang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.tap] | مراتڤ

Definisi : menangis sambil mengeluarkan kata-kata; mengeluh dgn menjerit dll: Maka tuan puteri pun ~ menangis semalam-malaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meratap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila perhatikan ayat berikut: Amir meratap dengan amat sangat setelah ibunya mati. Betulkah penggunana adverba "dengan amat sangat" seperti di atas? Sekian terima kasihAdverba ialah unsur keterangan dalam frasa kerja yang menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut. Unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverb. Dalam contoh ayat yang diberikan unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, kerana adanya kata sendi nama "dengan". Walau bagaimanapun kata sendi nama perlu diikuti kata nama seperti "dengan kuatnya". Oleh itu, penggunaan frasa "dengan amat sangat" dalam ayat tersebut tidak gramatis.Tatabahasa22.01.2014

Kembali ke atas