Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.tap] | مراتڤ

Definisi : penuh dgn barang hiasan (cincin dll): jarinya ~ dgn cincin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.tap] | مراتڤ

Definisi : berbunyi sebiji-biji dgn banyak, berbunyi berulang-ulang (mesingan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.tap] | مراتڤ

Definisi : menangis sambil mengeluarkan kata-kata, mengeluh (sambil menjerit, menangis, dll): sudah beberapa lama Khairil meninggal, masih ada sahaja orang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.tap] | مراتڤ

Definisi : menangis sambil mengeluarkan kata-kata; mengeluh dgn menjerit dll: Maka tuan puteri pun ~ menangis semalam-malaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meratap


Pantun

PantunSumberTema
Anak tikus meratap dinding, Dikejar musang terberak-berak; Awak kurus cakap melenting, Ditampar orang tulang berselerak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jurang bukit umpama kawah, Bila jatuh meratap hiba; 14 hari berlalu sudah, Penyelamat merendah hutan rimba.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Usah menuba di tengah ari, Patah kemudi diganti galah; Usah berhiba meratap diri, Berserah diri kepada Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sejak selasih tak mahu gugur, Beruk lesap gagak pun terbang; Sejak kekasih tak mahu menegur, Duduk meratap tegak meradang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalian menali-nali sutera, Kami menali-nali terap, Menali sambil bergantung, Kalian bernyanyi berhati suka, Kami bernyanyi ganti meratap, sambil membilang-bilang untung.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas