Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.wan.kan] | مراونکن

Definisi : = ~ hati menimbulkan (mem­bangkitkan, mendatangkan) rasa rawan: suara yg sangat sedih dan ~ hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.wan.kan] | مراونکن

Definisi : menimbulkan rasa rawan: Suaranya sedih dan ~ hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merawankan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, aPa maksud Perkataan lagu? aPa maksud Perkataan lirik? aPa Pula Perbezaan antara lagu dan lirik ? sekian dan terima kasihLagu membawa maksud: 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjukkan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb;
Manakala, lirik membawa maksud: 1. sejenis puisi yang menggambarkan perasaan; 2. seni kata lagu.
Makna22.09.2014
Apakah perbezaan makna antara "merindui" dengan "merindukan"? Bagaimanakah "merindui" dan "merindukan" digunakan dalam ayat? Tuan tolong berikan ayat contoh.Lihat penerangan dalam Kamus Pelajar, merindui bermaksud berasa rindu akan, dia merindui anak-anaknya di kampong. Merindukan bermaksud membangkitkan atau menimbulkan rasa rindu, nyanyian yang merawankan dan merindukan hati.Tatabahasa19.12.2014
1.Yang manakah betul-mengajar kami mata pelajaran Sejarah ATAU mengajari kami mata pelajaran Sejarah. 2. Sila berikan satu contoh yang dapat membezakan 'merindui' dengan 'meridukan' 3. Ayat Aktif-Salim menulis karangan ini dengan baik Ayat Pasif-Karangan ini ditulis oleh Salim dengan baik -Karangan ini ditulis dengan baik oleh Salim (Yang manakah betul ayat pasif di atas)

Ayat yang betul ialah,

1.  Mengajari kami mata pelajaran Sejarah - mengajari bermaksud mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya), melatih (seseorang): contoh,  guru yang mengajari murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah.

2. Merindui bermaksud mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu dan sebagainya, yang sentiasa berada dalam ingatan, kenangan dan sebagainya: contohnya, orang tua itu merindui anak cucunya, manakala merindukan bermaksud membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: contohnya, nyanyian yang merawankan dan merindukan hati.

3. Karangan ini ditulis oleh Salim dengan baik dan Karangan ini ditulis dengan baik oleh Salim, kedua-dua ayat ini boleh menjadi ayat pasif.

Tatabahasa11.03.2010

Kembali ke atas