Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.wat] | مراوت

Definisi : memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga (orang sakit dll) dgn memberi ubat dsb: isterinya dirawat di rumah sakit umum; ia dirawat di hospital; dlm buku ini dihuraikan arahan-arahan utk me­melihara, ~, dan membaja lebih drpd 50 jenis pokok buah-buahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.wat] | مراوت

Definisi : 1 menjaga atau membela orang sakit dll; menyelenggarakan; memelihara: Ia dirawat di Hospital Kuala Lumpur. 2 membuat atau mengusahakan supaya biji benih mudah (cepat) bercambah melalui proses kimia atau proses fizikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rawat
Kata Terbitan : merawat, terawat, perawatan, perawat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satukah yang betul - merawat pesakit atau merawat penyakit? Terima kasihMerawat pesakit dan mengubati penyakitTatabahasa21.08.2015
Salam sejahtera. Adakah ayat- ayat yang berikut betul ? 1 Merawat doktor kaki adik. 2. Mengayuh Hamid basikal ke sekolah. 3. Pelajar terpandai Ahmad di sekolah. 4. Berkereta Encik Wong ke pejabat. Terima kasih.Susunan ayat yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Doktor merawat kaki adik.
2. Hamid mengayuh basikal ke sekolah.
3. Ahmad pelajar terpandai di sekolah.
4. Encik Wong berkereta ke sekolah.
Tatabahasa07.09.2018
Perbezaan Poliklinik dan Klinik.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, klinik ialah 1. tempat utk memberi diagnosis dan merawat pesakit luar: amat perlu mendirikan ~ di kampung-kampung utk menjaga kesihatan orang-orang kampung; 2. tempat yg serupa yg dianggotai oleh pakar perubatan atau pakar pembedahan yg mengkhusus akan satu atau lebih bidang: ~ mata. Poliklinik pula ialah hospital atau klinik tempat merawat berbagai-bagai penyakit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna14.05.2009
difinisi rawatanRawatan: hasil merawat;Makna17.05.2009
Mana satukah yang betul - 1)kos rawatan atau kos perawatan atau kos merawat? 2) kerja-kerja membaik pulih atau kerja-kerja pembaikpulihan? Terima kasih atas perhatian anda.

Puan Junita,

Ayat yang betul ialah 1. kos rawatan 2. kerja-kerja membaik pulih

Ejaan06.10.2010
Definisi bagi perkataan Jururawat PergigianJrurawat pergigian ialah orang yang bertugas membantu doktor gigi/merawat pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan pergigian.Makna07.05.2009
Apakah perbezaan diantara perkataan "pelihara" dan "pulihara"?. Contoh: Kucing itu dipelihara. Pemuliharaan alam sekitar.Pelihara bermaksud membela, menjaga dan merawat, manakala pulihara bermaksud memulihkan serta memelihara (menjaga dan sebagainya), melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.Makna11.01.2010
Ada soalan seperti berikut betul dari segi Bahasa: Bubuhkan imbuhan meN- pada kata dasar "lawat" ialah ______. a) melawat b)merawat c)memlawat

Imbuhan untuk perkataan 'lawat' ialah 'me'.

Tatabahasa17.08.2009
Ada soalan seperti berikut betul dari segi Bahasa: Bubuhkan kata dasar meN- pada kata dasar "lawat" ialah ______. a) melawat b)merawat c)memlawatImbuhan bagi perkataan lawat dan rawat ialah 'me'. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa17.08.2009
Ayat manakah yang betul? 1.Setiap anak mestilah mengingati pengajaran ibu bapa mereka. 2.Setiap anak mestilah mengingati ajaran ibu bapa mereka. 3.Hasil ikatan saintis, terhasillah cara baharu merawat bagi kanser. 4.Ikatan kata dalam bait-bait puisi penyair tersohor itu sungguh indah.Ayat yang betul ialah:
1. Setiap anak mestilah mengingati ajaran ibu bapa mereka.
2. Ikatan kata dalam bait-bait puisi penyair tersohor itu sungguh indah.
Lain-lain22.03.2021
12

Kembali ke atas