Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.ya.kan] | مراياکن

Definisi : memuliakan (memperingati, meramaikan) hari besar (hari peringatan, peristiwa penting, dll): ~ hari kemerdekaan negara; ~ hari jadinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.ya.kan] | مراياکن

Definisi : me­muliakan atau membesarkan (hari atau peristiwa penting): ~ hari jadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang mana betul penggunaan pada perkataan merayakan? l Majlis merayakan pembinaan jambatan baharu itu telah ditangguhkan pada tahun hadapan. ll Rakyat l Malaysia sentiasa bergembira untuk merayakan Hari Kemerdekaan negara yang tercinta. lll Pak Jais dan Mak Jenab serta keluarga baru sahaja merayakan hari ulang tahun perkahwinan mereka berdua. lV Abang Azaman akan merayakan hari ulang tahun kelahirannya pada minggu hadapan di Hotel Seri Cenderawasih Tq kerana sudi membantu....Rakyat l Malaysia sentiasa bergembira untuk merayakan Hari Kemerdekaan negara yang tercinta.Tatabahasa19.09.2012
Salam sejahtera, saya ingin mengenal pasti kata hubung yang tepat bagi soalan berikut. Orang Melayu merayakan Hari Raya Aidilfitri _____ orang Cina menyambut Tahun Baharu Cina. Kata hubung yang tepat ialah manakala atau tetapi? Sila berikan tunjuk ajar. Terima kasih.Orang Melayu merayakan Hari Raya Aidilfitri manakala/tetapi orang Cina menyambut Tahun Baharu Cina. Kedua-dua kata hubung ini boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa20.04.2015
mukhayyam dari bahasa arab bermaksud perkhemahan dan dalam BM yang betul adalah?selain itu ihtifal bermaksud merayakan kecemerlangan tetapi dalam BM adakah wujud?Tidak ada maklumat tentang kata mukhayyam dalam pangkalan data kami. Ihtifal bermaksud perayaan dan kata ini terakam dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanpun untuk penggunaan biasa kami cadangkan kata perayaan digunakan kerana kata ini difahami maksudnya oleh masyarakat Malaysia.Istilah12.07.2011
Sebilangan murid tidak faham tentang penggunaan imbuhan yang betul di dalam ayat menjadikan struktur ayat salah. Contoh: raya - beraya, dirayakan, merayakan, perayaan. Semua perkataan membawa maksud berlainan. Bagaimana hendak memberi penerangan yang jelas agar murid faham dan dapat membina ayat dengan betul.

Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahannahu maknanya. Tercakup dalam imbuhan ialh bentuk-bentuk berikut; awalan, akhiran, sisipan dan  apitan. Pengimbuhan akan melahirkan kata terbitan. Setiap proses pengimbuhan akan menerbitkan sama ada kata nama, kata kerja atau kata adjektif yang memberi makna yang berbeza .

Murid-murid perlu diberikan maklumat mengenai setiap fungsi imbuhan dan murid-murid perlu lebih banyak membaca  serta kerap membuat latihan membina ayat. Cikgu boleh merujuk Kamus Dewan untuk carian makna dan menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai panduan tatabahasa.

Tatabahasa21.04.2013
Salam bahagia. Adakah meraikan hari jadi setiap tahun dianggap sebagai suatu perayaan. Contoh soalan : Tuliskan karangan tentang perayaan yang kamu raikan pada setiap tahun. Boleh pelajar menulis pengalamannya meraikan hari jadinya setiap tahun. Sekian dan selamat berpuasa.Kamus Dewan, edisi keempat, mentakrifkan perayaan sebagai pesta untuk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan dan lain-lain.  Contoh yang diberikan ialah maulud Nabi SAW dan hari kemerdekaan.  Daripada takrif dan contoh tersebut, dapatlah dikatakan bahawa perayaan ialah sambutan yang diadakan secara besar-besaran.Makna24.07.2012
Pada 14 /11/12. Waktu berita utama TV3. Seorang tokoh politik yang sangat terkenal kononnya memperjuangkan Bahasa melayu/kebangsaan . Sempena meraikan sambutan hari devepavali beliau telah telah mengunakan imbuhan yang saya kurang pasti betul atau salah penggunaannya, iaitu berdeepavali dan bertahun baru. Ini bukan lah kali pertama beliau mengeluarkan perkataan yang pelik pelik. Bagi saya ini adalah satu pencemaran.Penggunaan perkataan berdeepavali tersebut seolah-olah menyamakannya dengan perkataan berhari raya, iaitu merayakan hari raya. Namun pembentukan perkataan tersebut adalah tidak gramatis kerana kita juga tidak menggunakan ungkapan beraidilfitri dalam konteks merayakan hari raya Aidilfitri.Tatabahasa15.11.2012
Apakah perbezaan antara "menyambut" dan "meraikan"? Bolehkah saya menggunakan menyambut untuk perayaan? Sila beri contoh... Terima kasihDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menyambut bererti mengalu-alukan; manakala meraikan bererti 1. menjamu (untuk memuliakan atau menghormati), 2. mengadakan keramaian, merayakan. Sama ada perkataan menyambut atau meraikan, kedua-duanya boleh digunakan untuk perayaan. Contoh: Mereka berbelanja besar utk menyambut Hari Raya Puasa. Seluruh penduduk Desa Murni diundang untuk meraikan perkahwinan anak sulung Penghulu Naim. Makna05.05.2011
JABATAN KASTAM SABAN TAHUN MENYAMBUT HARI KASTAM SEDUNIA.TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA KAMI MENGGUNAKAN PERKATAAN " SAMBUTAN" NAMUN TAHUN DEPAN PIHAK PENGURUSAN BERCADANG MENGGUNAKAN PERKATAAN " PERAYAAN HARI KASTAM SEDUNIA".ADAKAH PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA "PERAYAAN" ITU BETUL MENGIKUT PANDANGAN DBP.MOHON DIPERJELASKAN KEDUA-DUA ISTILAH BAHASA DI ATAS. TERIMA KASIHSambutan bermaksud penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dan lain-lain), manakala perayaan bermaksud pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, seperti perayaan hari kemerdekaan. Berdasarkan makna tersebut, kata perayaan itu betul dan begitu juga dengan sambutan, oleh itu saudara boleh memilih mana satu yang hendak digunakan.Makna03.12.2008

Kembali ke atas