Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : marabahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merbahaya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Khidmat nasihat DBP menjelaskan bahawa perkataan "merbahaya" tidak wujud sebab tiada imbuhan "mer". Tetapi perkataan "merbahaya" masih banyak digunakan di bawah seksyen istilah DBP seperti hazardous material ialah "bahan merbahaya" dan sebagainya. Mohon jelaskan. Terima kasihPerkataan merbahaya pernah digunakan pada waktu dahulu.  Sekarang tidak lagi digunakan.  Perkataan yang betul ialah marabahaya yang bermaksud bermacam-macam bencana atau bahaya.

1. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memang ada merakamkan istilah merbahaya tetapi ditulis sebagai merbahaya -> marabahaya. Untuk makluman saudara, tanda  anak panah  (->) bererti lihat. Oleh itu perkataan yang betul ialah marabahaya.
Istilah21.07.2014
Betulkah penggunaan perkataan 'merbahaya' dalam ayat di bawah ini. 1. Awas, merbahaya! (Biasanya ia terdapat pada lori penghantar minyak- Petronas) 2. Kawasan larangan, merbahaya.Ejaan yang tepat ialah berbahaya.

1. Awas, berbahaya!
2. Kawasan larangan dan berbahaya.
Ejaan21.07.2013
Terima kasih atas respon DBP yang cepat berkaitan dengan pertanyaan saya tentang perkataan merbahaya. Tetapi soalan saya belum dijawab. Soalan saya ialah di bawah seksyen Istilah MABBIM, istilah Malaysia, perkataan "merbahaya" masih digunakan. Bukankah ini bercanggah dengan penerangan bahawa "merbahaya" tidak digunakan lagi? Mohon penjelasan. Terima kasihKadang-kadang berlaku kesilapan teknikal atau salah faham.  Apabila dalam kamus ada perkataan tersebut, pengguna akan menggunakan perkataan tersebut walaupun ada perkataan lain yang lebih sesuai. Editor pula mungkin terlepas pandang.Lain-lain22.07.2014
1) Istilah 'merbahaya' diterima ? Kamus Dewan edisi 4 memasukkan entri perkataan ini sedangkan yang tepat bukankah 'berbahaya'. Perkataan ini juga terdapat dalam Lembar bahasa Bil 3/2000 keluaran Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam. 2) Adakah Pusat ini mengedarkan Lembar Bahasa secara terus ke sekolah-sekolah dari semasa ke semasa ? Ini adalah penting kerana sebarang perubahan dan kemusykilan dapat dijawaboleh guru-guru bahasa.

1. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memang ada merakamkan istilah merbahaya tetapi ditulis sebagai merbahaya -> marabahaya. Untuk makluman saudara, tanda  anak panah  (->) bererti lihat. Oleh itu perkataan yang betul ialah marabahaya. Untuk maklumat lanjut, rujuk Panduan Penggunaan Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman xlix.

2. Untuk mendapatkan Lembar Bahasa, saudara boleh  datang sendiri ke Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP. 

Istilah08.02.2010
Ombak besar itu sungguh berbahaya. Ayat di atas betul ? Betulkah menggunakah "berbahaya" ? atau merbahaya?Ayat tersebut betul kerana perkataan yang betul ialah berbahaya (bukan merbahaya).Tatabahasa09.03.2012
Cikgu DBP, kenapakah "merbahaya" adalah salah dan "berbahaya" adalah betul?
Perkataan yang betul ialah berbahaya. dalam bahasa Melayu tidak ada imbuhan 'mer', tetapi imbuhan 'ber'. Contoh penggunaan: Jalan raya itu berbahaya kepada orang awam kerana banyak kenderaan berat menggunakan jalan ini.  
Ejaan19.05.2014
Apakah bezanya perkataan 'merbahaya' dan 'berbahaya' dan bagaimanakah penggunaannya?

Encik Choo,

 

Perkataan yang betul ialah berbahaya. dalam bahasa Melayu tidak ada imbuhan 'mer', tetapi imbuhan 'ber'. Contoh penggunaan: Jalan raya itu berbahaya kepada orang awam kerana banyak kenderaan berat menggunakan jalan ini.  

Tatabahasa16.04.2010
kawasan berbahaya atau merbahaya

Encik Pragashmurugan,

Yang betul ialah kawasan berbahaya.

 

Tatabahasa29.12.2009
TOLONG HURAIKAN PERKATAAN MERBAHAYA, NEMBAHAYA DAN PERKATAAN MANA YANG SESUAI DAN DITERIMA PAKAI SEKARANG. DALAM SURAT SELALU ADA PERKATAAN BERSAMA-SAMA INI, ISTILAH YANG DIGUNA PAKAI SEKARANG ADALAH.... TOLONG JELASKAN. SURAT KALAU UNTUK PEGAWAI TERTINGGI YANG ADA GELARAN TUN, TAN, DATO' ADAKAN PERLU MELETAKKAN GELARAN DAN SETERUSNYA NAMA PEGAWAI TERSEBUT ATAU MELETAKKAN GELARAN DAN JAWATAN /PANGKAT PEGAWAI TERSEBUT,Yang betul ialah 'berbahaya'. Dalam surat rasmi, frasa 'bersama-sama ini' menunjukkan ada bahan iringan yang disertakan. Simbol yang digunakan di tepi sebelah kiri surat ialah tanda elipsis.  Berkenaan dengan kata sapaan penerima surat, sapaan mestilah sesuai dengan gelaran (jika ada banyak gelaran, gunakan gelaran yang tertinggi) dan tidak perlu diikuti dengan nama penerima.Lain-lain21.10.2008
Adakah ayat "Awas ! Selekoh merbahaya di hadapan" betul atau tidak ?Ayat yang betul ialah Awas! Selekoh berbahaya di hadapan.Tatabahasa03.05.2023
12

Kembali ke atas