Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.bau] | مرباو

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, merbau ipil, ipil laut (Sabah), Intsia spp.; ~ kera sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, babi kurus, jering tupai, angar­angar (Sabah), Crudia spp.; ~ lalat sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, Sympetalandra borneensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.bau] | مرباو

Definisi : nama beberapa jenis pokok, Intsia bakeri; Intsia palembanica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merbau


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MERBAU

MERBAU, sejenis pokok daripada rumpun Laguminosae dan tergolong dalam kumpulan kayu kelas berat.  Gubal kayu merbau berwarna kuning pucat dan terasnya berwarna coklat jingga sewaktu masih basah dan menjadi coklat merah apabila sudah mengering.  Teras kayunya amat tahan daripada serangan anai-anai atau serangga-serangga lain perosak kayu.

BUDAYAFlora dan Fauna
SITI MARIAM

SITI MARIAM (1929 -     ), penyanyi.  Dia lahir pada bulan Mac 1929 di Kota Bharu, Kelantan. Siti Mariam mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Padang Garong, kemudian Sekolah Merbau hingga tamat Darjah Empat.  Siti Mariam yang mewarisi bakat seni suara daripada nenek sebelah ayahnya mula menyanyi di majlis-majlis keramaian sejak kecil.  Dia banyak mendapat bantuan daripada ayahnya, Asaad Shukri bin Haji Muda.  Ayahnya seorang penggerak budaya yang terkenal di Kelantan pada masa itu, telah menyedari bakat anak gadisnya dan terus memanggil guru untuk mengenalkan muzik secara teratur kepada anaknya.  Dia dilatih dan dibimbing oleh seorang pemuzik dari pasukan polis.

BUDAYATokoh
TUMBUK KALANGTUMBUK KALANG, permainan rakyat di Negeri Sembilan, khususnya di Tampin, Inas, Seri Menanti, Gunung Pasir, dan Rembau.  Permainan ini dimainkan oleh masyarakat petani ketika mengemping padi.  Alat muzik yang mengiringi persembahan tumbuk kalang ialah sebuah lesung dan beberapa batang antan.  Biasanya lesung dan antan ini diperbuat daripada kayu merbau atau halban kerana kayunya keras serta bunyinya lantang.BUDAYAPermainan/Sukan/Rekreasi
NIK ABDULLAH HAJI WAN MUSANIK ABDULLAH HAJI WAN MUSA (1900 – 1935), ulama.  Dia lahir di Jalan Merbau, Kota Bahru, Kelantan. Nik Abdullah ialah anak sulung Haji Wan Musa, seorang ulama, dan cucu Tuan Tabal, ulama yang terkenal di Kelantan pada penghujung abad ke-19.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas