Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.bau] | مرباو

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, merbau ipil, ipil laut (Sabah), Intsia spp.; ~ kera sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, babi kurus, jering tupai, angar­angar (Sabah), Crudia spp.; ~ lalat sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, Sympetalandra borneensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.bau] | مرباو

Definisi : nama beberapa jenis pokok, Intsia bakeri; Intsia palembanica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merbau


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
merbaumerbauPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Intsia spp. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah merbau ipil, dan di Sabah ialah ipil laut. Spesies utamanya termasuk Intsia bijuga dan I. palembanica. Gubal kayu merbau berwarna coklat jingga semasa segar, dan bertukar menjadi coklat merah apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 1040 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi agak sukar dikeringkan. Teras kayunya tahan daripada serangan serangga dan sukar diawet. Kayu merbau sesuai digunakan untuk hiasan dalaman, papan panel, lantai biasa dan parket, kabinet yang bermutu tinggi, peralatan muzik, dan ukiran kayu.
merbau lalatmerbau lalatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Sympetalandra borneensis daripada famili Leguminosae yang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Gubal kayu merbau lalat berwarna coklat muda, dan berbeza daripada teras kayunya yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai parenkima konfluen yang tebal. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 7205 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras. Kayu ini sukar dikerjakan, lambat mengering dan tidak tahan. Kayu ini sesuai untukkerja binaan sederhana, pembuatan venir, papan lapis, dan papan dinding.
merbau keramerbau keraPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Crudia. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah babi kurus dan jering tupai, dan di Sabah ialah angar-angar. Spesies utamanya termasuk Crudia curtisii, C. reticulata dan scortechinii. Gubal kayu merbau kera berwarna coklat kekuningan, dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat tua. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata, kerana mengandungi terlalu banyak tisu parenkima. Iranya bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 930 hingga 1120 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan berat. Kayu ini sukar dikerjakan dan mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah. Kayu merbau kera sesuai digunakan untuk hulu alat pemotong, kerja binaan berat, bingkai tingkap, dan lantai.
buttressbanirPerhutananPengurusan HutanAkar pokok yang tumbuh dan keluar di atas paras tanah pada pangkal pokok-pokok besar seperti beringin, merbau atau pauh kijang.
LeguminosaeLeguminosaePerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFamili tumbuhan berkayu yang terpenting di Malaysia selepas famili Dipterocarpaceae. Antara spesies kayu dagangan termasuk kekatung, keranji, merbau, kempas, kungkur, dan sepetir.
felling seriessiri tebanganPerhutananPengurusan HutanAras pada batang kayu yang digunakan sebagai tanda untuk dipotong semasa penebangan. Aras ini berbeza-beza mengikut bentuk pangkal pokok. Misalnya, pokok yang berbanir seperti merbau mempunyai aras tebangan yang lebih tinggi.
aliform parenchymaparenkima aliformPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanParenkima paratrakea yang berbentuk unjuran seperti sayap atau mata apabila dilihat pada keratan rentas. Misalnya, parenkima aliform jelas kelihatan pada kayu kempas, tualang, dan merbau.
felling pointaras tebanganPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKetinggian pada batang kayu yang digunakan sebagai tanda untuk dipotong semasa penebangan. Aras ini berbeza-beza mengikut bentuk pangkal pokok. Misalnya pokok yang berbanir seperti merbau mempunyai aras tebangan yang lebih tinggi.
buttressbanirPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanRabung kayu yang terbentuk pada sudut di antara akar sisi dan bahan pangkal batang kayu, memgunjur ke atas hingga beberapa kaki di atas tanah. Misalnya bani kayu tualang dan merbau.
spring board, staging, jiggerpapan penebangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPapan pendek berukuran lebih kurang 1 m panjang yang digunakan untuk memudahkan proses menebang pokok pada paras yang tidak tercapai dari aras permukaan tanah. Papan penebang ini disarung dengan besi pada satu hujung, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam takik pada batang pokok untuk memudahkan penebang berdiri. Papan ini digunakan semasa menebang pokok yang berbanir tinggi seperti kayu merbau atau tualang.
12

Kembali ke atas