Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.dé.ka] | مرديک

Definisi : (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh me­lakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan mele­paskan drpd penjajahan (kurungan dll), mem­bebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), ke­bebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.dé.ka] | مرديک

Definisi : /merdéka/ bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri: Malaysia negara yg ~ dan berdaulat. memerdekakan memberikan kebebasan; melepaskan drpd penjajahan, kurungan dll. kemerdekaan keadaan merdeka atau bebas; kebebasan: Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai ~ pd 31 Ogos 1957. pemerdekaan perihal atau perbuatan memerdekakan; pembebasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
merdeka (adjektif)
Bersinonim dengan bebas, lepas, berdikari, merdeheka, langgas;,
Kata Terbitan : memerdekakan, kemerdekaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERLEMBAGAAN MERDEKA

PERLEMBAGAAN MERDEKA (1957), perundangan dan peraturan kenegaraan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang mendapat kemerdekaan atau kebebasan politik daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1957.  perlembagaan Merdeka ditandatangani antara wakil-wakil kerajaan British dan raja-raja Melayu pada 5 Ogos 1957 di King’s House, Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
STADIUM MERDEKASalah satu stadium yang digunakan untuk kegiatan sukan di negaraSUKANInstitusi/Organisasi
STUDIO MERDEKAPengeluar filemKESENIANInstitusi/Organisasi
KOMANWEL NEGARA-NEGARA MERDEKA

Komanwel Negara-negara Merdeka ialah

pertubuhan negara-negara bebas yang dahulunya

merupakan republik Kesatuan Soviet. Negara

anggotanya terdiri daripada Armenia, Azerbaijan,

Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova,

Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan

Uzbekistan. Ibu pejabat komanwel ini ialah Minsk,

di Belarus.

UMUM 
NEGARA KOTA

Negara kota ialah sebuah negeri yang merdeka

atau hampir merdeka yang aktiviti politik dan

budaya dilaksanakan dalam satu pusat bandar.

Negara kota sering diperintah oleh seorang raja,

diktator atau sekumpulan kecil penduduk yang

berkuasa. Dalam sesetengah hal, kehidupan politik

dikuasai oleh penghuni bandar. Penduduk bandar

dan luar bandar mempunyai kuasa politik.

UMUM 
GERAKAN ACHEH MERDEKA (GAM)

Gerakan Aceh Merdeka (GAM), organisasi kumpulan pemisah yang mempunyai tujuan untuk memisahkan wilayah Aceh sebagai negara berasingan dari Republik Indonesia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
NEGARA

Negara ialah istilah yang bermaksud sesebuah

tanah air merdeka yang mempunyai nama dan

sempadan geografi yang tertakrif dengan jelas.

Bilangan negara merdeka telah bertambah

beransur-ansur sejak Perang Dunia II (1939–1945)

kerana lebih banyak tanah jajahan telah mencapai

kemerdekaan. Dari segi saiz, negara-negara di

dunia ialah daripada Vatican City, yang meliputi

44.0 hektar, sehinggalah Rusia, yang meliputi

17 075 400 kilometer persegi.

UMUM 
BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA

BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA, bahasa Melayu yang digunakan antara bulan September 1957 hingga tahun 1967. Bahasa ini memainkan peranan baharu sebagai bahasa kebangsaan selaras dengan taraf dan kedudukannya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.

BAHASAKonsep
LIBERIA

Liberia ialah sebuah negara di pantai barat Afrika.

Ia merupakan negara merdeka yang kedua tertua

di dunia yang kebanyakan penduduknya terdiri

daripada warganegara kulit hitam. Negara merdeka

yang tertua ialah Haiti. Liberia ditubuhkan pada

tahun 1822 oleh hamba abdi yang telah dibebaskan

dan dihantar ke sini oleh masyarakat penjajah di

Amerika Syarikat. Hamba abdi yang dibebaskan

ini disertai oleh hamba abdi lain yang dibebaskan

daripada kapal hamba abdi yang menuju ke

Amerika Syarikat. Nama Liberia berasal daripada

perkataan Latin yang bermakna Tanah Bebas.

UMUM 
PROVINSI

Provinsi pada zaman Rom, ialah kawasan yang

ditakluki dan diperintah oleh seorang pegawai dari

Rom. Kemudiannya negeri-negeri merdeka yang

bersatu untuk membentuk sebuah negara biasanya

menamakannya provinsi. Contohnya ialah Provinsi

Bersatu Holland. Kemudiannya, negeri-negeri yang

merdeka juga dibahagikan kepada wilayah yang

dikenali sebagai provinsi.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas