Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.du] | مردو

Definisi : enak atau sedap didengar (suara, nya­nyian, dll): maka sangatlah ~ bunyi suara anakanda sekaliannya itu; kemerduan perihal merdu (suara dll): ada orang yg sedang menikmati ~ suaranya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.du] | مردو

Definisi : sedap didengar (bkn suara, nyanyian dll): Mereka bernyanyi dgn suara yg ~. kemerduan keadaan merdu (bkn suara dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
merdu (adjektif)
Bersinonim dengan enak, sedap, lunak, lembut, mersik;,
Kata Terbitan : kemerduan,

Puisi
 

Kain tudung kain pelangi,
     Kain dibeli di kedai Cina;
Sungguh merdu adik menyanyi,
     Abang teringat tidur tak lena.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gagak bersuara murai.

Bermaksud :

Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera! yang mana satu betul di dalam konteks dialog: nyanyilahku lagu yang merdu atau nyanyilah ku lagu yang merdu? Sekian terima kasih!

Cadangan jawapan yang betul ialah:

  1. Nyanyikanku lagu yang merdu
  2. Nyanyikan kepadaku lagu yang merdu
  3. Nyanyikanlah lagu yang merdu

Tatabahasa18.11.2021
Selamat sejahtera.. apa perbezaan antara lunak dan merdu? Jika ayat : suara Zainal amat _______ apabila mendendangkan lagu-lagu berentak tradisional. Apakah jawapan yang tepat antara lunak dan merdu? Terima kasih.Lunak ialah lembut dan merdu contohnya penyanyi itu sangat lunak suaranya.
Merdu ialah enak atau sedap didengar (suara, nya­nyian, dan lain-lain).
Kedua-dua jawapan betul.
Lain-lain28.08.2015
Suara kakak saya sedap. betulkah ayat ini?Perkataan yang lebih tepat digunakan ialah merdu.

"Suara kakak saya merdu".
Tatabahasa04.04.2014
1. Suara Hazama sungguh amat merdu. Bolehkah kata penguat digandingkan? 2. Saya ingin memohon pencerahan daripada pihak tuan. Bagaimana dengan penggunaan kata pencerahan dalam ayat di atas?Kata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat merdu. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat baik dan teramat cantik. Oleh itu ayat di atas betul.Tatabahasa11.09.2015
Adakah penggunaan bahasa berikut betul? Tanggungjawab Ali untuk menyara kelaurganya terlalu amat berat. Suaranya sungguh merdu sekali? Nasi yang baru dikukus itu cukup panas sekali.Semua contoh yang diberikan tidak boleh digunakan. Jawapan yang betul ialah i) Tanggungjawab Ali untuk menyara keluarganya amat berat. ii) Suaranya sungguh merdu. Nasi yang baru dikukus itu panas sekali.Tatabahasa29.03.2007
Menurut TD edisi ke-3, muka surat 411, Bukankah dua unsur penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif, misalnya sungguh amat merdu. Saya cuma ingin memastikan sama ada ayat ini betul: Baju ini amat sangat cantik.Unsur penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat merdu.Tatabahasa10.08.2010
1)Suara penyayi itu sungguh merdu/gemersik semasa mendendangkan lagu irama asli. Yang mana jawapan yang betul?? 2) bagaimana hendak menerangkan cara yang mudah untuk menerangkan tentang penggunaan imbuhan me...i dan me...kan?? 3) imbuhan Memper+ kata adjektif tidak boleh ada ...kan di belakang..contohnya memperdalam...bagaimana pula dengan mempertingkatkan betul atau salah?? mempertingkat atau mempertingkatkan??? 4) layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu terpontang-panting/melambai-lambai/meliang-liuk/bergegar apabila angin bertiup....yang manakah jawapan yang paling tepat???

Saudara Aidil,

1. Suara penyanyi itu sungguh merdu semasa mendendangkan lagu irama asli.

2. Imbuhan me-...-i dan me-...-kan tergolong dalam apitan kata kerja. Kata dasar yang menerima apitan me-...-i dan me-...-kan akan membentuk kata kerja. Misalnya: mem + besar + kan = memperbesarkan

3. Perkataan yang betul ialah mempertingkatkan. Hal ini kerana 'tingkat' bukan kata adjektif dan imbuhan yang betul ialah memper-...-kan. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada bentuk mempertingkat disenaraikan tetapi makna perkataan mempertingkatkan ada diterangkan yang membawa maksud menjadikan lebih tinggi atau lebih besar.

4. Jawapan yang tepat ialah melambai-lambai (sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui setiap maksud perkataan yang dikemukakan)

Tatabahasa05.08.2012
1) Apakah maksud perkatan gemersik sebenarnya sebab perktaan tersebut tiada dalam daftar kamus dewan edisi 4. 2) Jika ada apakah maksud perkataan tersebut? 3)Dalam konteks ayat di bawah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? -Suara penyanyi itu sungguh ___________semasa mendendangkan lagu irama asli. (Mana satu sesuai digunakan?GEMERSIK/MERDU?)Perkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah gemeresik dan mersik. Gemeresik atau bergemeresik bermaksud menggeresek (seperti kertas, kain dan lain-lain direnyuk-renyukkan). Mersik bermaksud kuat lagi nyaring (suara, bunyi dll.), lantang. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah merdu. Suara penyanyi itu sungguh merdu semasa mendendangkan lagu irama asli.Makna25.08.2012
Suara penyanyi itu sungguh sedap didengar. Adakah ayat tersebut betul? Bolehkah suara dipadankan dengan sedap?Sedap tidak sesuai untuk suara. Yang betul ialah merdu. Sedap merujuk kepada enak, lazat (rasa).Tatabahasa12.09.2008
sy pelajar tingkatan 3..sy menghadapi masalah tentnag peggunaan kata penguat..adakah kata penguat boleh digunakan sekali dlm satu ayat???? contoh ayat:suaranya sunnguh amat merdu.. adakah ayat ini boleh diterima.??????

Menurut buku tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merupakan buku rujukan rasmi tentang tatabahasa bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, sebuah agensi perancang bahasa di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan bahawa penggunaan kata adjektif dalam darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara berikut:

i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu  

ii.  ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik

iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik

iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali

Binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan.

Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.

Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.     

Tatabahasa29.06.2008
12

Kembali ke atas